Monday, March 11, 2013

Sewa Bilik Sebesar Kotak Barharga RM1861








Sekumpulan pekerja di Tokyo, Jepun terpaksa tinggal di dalam kotak dengan bayaran sewa sebanyak 400 poundsterling atau RM1861.87 duit malaysia . Pekara itu terjadi kerana mereka sukar untuk mendapatkan rumah.

Tokyo yang merupakan salah satu bandar yang paling padat di dunia. Pekara itu menyebabkan sukarnya mencari tanah untuk membina perumahan baru.

Banyak warga jepun yang memilih untuk tinggal di pangsapuri atau di bilik-bilik kecil yang dikenali dengan sebutan "geki-sema" atau berkongsi rumah.

Bilik-bilik ini mempunyai bentuk yang sangat kecil, seperti peti. Ruang ini hanya cukup untuk satu orang sahaja, tidak mempunyai tingkap, pintu, dan hanya berketinggian enam kaki.
orang-orang yang tinggal di sana mengalami kesukaran untuk meregangkan kaki mereka. Rumah sewa ini biasanya digunakan oleh para professional muda yang menghabiskan sebahagian besar masa mereka di tempat kerja dan menggunakan tempat itu hanya untuk tidur.di petik dari: dailymail

No comments:

Post a Comment