Monday, July 26, 2010

4 Unsur Dalam Tubuh Manusia

Atas kehendak ALLAH SWT, sifat-sifat yang ada dalam manusia terdiri dari 4 unsur berikut;

Amarah berasal dari unsur api. Kemahuan berasal dari unsur angin. Cita-cita dari unsur air dan sabar dari unsur bumi.

Begitupun pancar indera manusia berasal dari 4 unsur itu. Telinga dari unsur api, mata berasal dari unsur air, hidung dari unsur angin dan mulut dari unsur tanah.

Secara objektifnya boleh dibuktikan secara pemahaman akal fikiran.

Telinga; -dapat mendengar pujian dan celaan atau kata-kata nista orang lain dan disebabkan itu, kita boleh menjadi marah dan tersinggung. Sebaliknya jika seseorang menjadi ramah dan gembira apabila mendengar perkataan dan pujian yang baik dan menyenangkan hati.

Mata; -berasal dari unsur air, memiliki sifat yang adil. Dengan melihat sinar mata seseorang kita secara tak langsung dapat mengetahui isi hatinya. Mulut mudah saja untuk berkata dusta tetapi pancaran mata seseorang akan mengatakan yang sebenarnya, memantulkan kata hati yang sesungguhnya.

Hidung; -yang berasal dai unsur angin dan merupakan pancaindera penciuman. Melalui hidung manusia boleh membezakan aneka bauan. Udara sebagai pembawa bebauan merupakan sebahagian dari angin.

Mulut; -berasal dari unsur tanah. Mulut hampir tidak pernah menolak apa-apa yang datang kepadanya.., semua bentuk dan jenis makanan dilahapnya. Demikian juga tiada beza dengan sifat tanah. Cuba kita perhatikan, jasad manusia dan binatang, dedaunan dan ranting pohon yang jatuh ke bumi lambat laun akan menjadi tanah... !

Mulut manusia juga dimanfaatkan untuk menularkan kebaikan hasilnya juga akan medatangkan kebaikkan juga, bukan hanya untuk diri sendiri bahkan bermaanfaat untuk setiap makhluk tuhan dibumi ini. Kebaikkan itu akan bercambah di tengah-tengah masyarakat. Sebaliknya bila digunakan untuk menyebarkan fitnah dan maksiat, yang akan berlaku ditengah-tengah masyarakat akan menjadi kacau-bilau dan penuh dengan masalah.

Ibaratnya seperti seseorang yang menanam bijih kurma, pastinya akan memetik hasil buah kurma dan bukannya buah tomato..

! Pepatah Arab ada mengatakan..

" Seseorang mendapat petaka kerana lidahnya., Seseorang meningkat darjat kerana budi bahasanya..


" Sekian.

No comments:

Post a Comment