Rio Tinto jika diterjemahkan dari Bahasa Sepanyol bererti Sungai Merah. Nama ini diambil dari keadaan sungai yang mengalir di kawasan ini. Sungai sepanjang 62 batu ini memang mengalirkan air berwarna merah seakan darah.
Aliran sungai berwarna merah kerana kombinasi dari bakteria jarang, jumlah oksigen yang sangat rendah, serta pencemaran dari lombong emas, perak, dan tembaga-tembaga lain. Pencemaran kombinasi ini ternyata telah berlaku sejak 3,000 tahun lalu.
Rio Tinto mengalir di barat daya Sepanyol. Aliran sungai merah ini berasal dari Gunung Sierra Morena Andalusia. Sungai merah ini terus mengalir hingga Teluk Cadiz di Huelva.
No comments:
Post a Comment