Thursday, April 25, 2013

Cara Nak Jimat Elektrik

Tenaga Nasional Berhad adalah pembekal tunggal tenaga elektrik di Malaysia. Jadi, setiap rumah akan menerima bil elekrik TNB setiap bulan. Jika bil anda dibawah RM20 sebulan, maka untunglah anda, bil elektrik anda percuma tetapi kepada pengguna yang menggunakan lebih banyak tenaga elektrik dalam sebulan, maka anda akan dikenakan charge rate yang lebih tinggi. Senang cakap, semakin banyak anda guna tenaga elektrik, semakin mahal bil elektrik TNB anda.

Tentunya anda mahukan bil elektrik bulanan yang murah tetapi mahu menggunakan peralatan elektrik anda seperti biasa. Sebenarnya anda boleh buat macam tu, tetapi lebih perlu berjimat cermat dan berhati-hati.
Bagaimana caranya? :

Penggunaan Lampu
Lampu adalah perkara asas yang amat penting terutamanya pada waktu malam. Tukarkan mentol lampu yang berwarna kuning anda kepada lampu kalimantang (fluorescent) atau compact fluorescentyang kurang menggunakan tenaga elektrik. Untuk penjimatan yang lebih, hanya gunakan pada tempat yang ada orang, jika tiada orang contohnya di dapur pada waktu lewat malam tutupkan saja lampu tersebut (tutup jika tidak diperlukan). Jangan biarkan lampu menyala ketika tidak diperlukan. Lampun kalimantang ini boleh menjimatkan tenaga elektrik sehingga 25% berbanding lampu 100watt (lampu kuning).

Penggunaan Kipas
Bersihkan kipas anda daripada habuk-habuk yang melekat pada bilah kipas anda. Habuk-habuk ini akan menyebabkan bilah kipas anda menjadi berat dan menghasilkan angin yang kurang. Jika angin kipas tak cukup kuat mesti anda lajukan lagi kipas tu kan? Confirm punye lah! Ini akan meningkatkan lagi penggunaan tenaga elektrik. Rajin-rajinkan la bersihkan bilah kipas tu ye.. 

Penggunaan Air-cond
Bagi gua Air-cond tak digalakkan sangat, bukan je menggunakan tenaga elektrik yang banyak tetapi boleh membawa penyakit dalam jangka panjang. Air-cond menghasilkan udara yang mengandungi kelembapan atau air (embun), dan kita akan menghirup udara ini, dengan ini udara ini akan membawa sekali kelembapan masuk ke dalam paru-paru kita. Hasilnya? Paru-paru berair, salah satu penyakit yang tidak mempunyai penawar sehingga kini.
Jangan biarkan pendingin udara terpasang di bilik yang kosong atau semasa tidak digunakan. Tutup semua tingkap & pintu. Sesuaikan 'regulator' pendingin ke tahap sederhana atau rendah.
Penghawa dingin yang tidak diservis terpaksa bekerja dengan lebih kuat untuk menyejukkan bilik anda sekaligus menaikkan kadar tenaga elektrik yang digunakan. Cuci filter air-cond sekurang-kurangnya setahun sekali. 

Penggunaan Mesin Basuh
Gunakan mesin basuh anda apabila muatan dah penuh sahaja, dengan ini dapat mengelakkan pembaziran yang sia-sia. Dengan ini juga anda boleh menjimatkan tenaga anda sendiri, tak perlu anda basuh berulang-ulang kali dan juga boleh menjimatkan penggunaan air untuk membasuh.

Penggunaan Peti Sejuk
Jangan buka pintu peti sejuk terlalu lama dan banyak kali dalam masa yang singkat. Ini boleh menyebabkan kedinginan dalam peti sejuk keluar dan akan membuatkan peti sejuk bekerja menghasilkan kedinginan ini semula. Untuk pengetahuan anda, proses penyejukan dan pemanasan paling banyak menggunakan tenaga elektrik. Jadi uruskan peralatan yang berkenaan dengan bijak. Dan juga, pastikan peti sejuk anda ditutup dengan rapat selepas dibuka.

Cara penjimatan yang lain:

Tutup televisyen & video di rumah apabila tidak mahu menonton. Ingat! Televisyen & video banyak menggunakan kuasa elektrik.

Seterika elektrik menggunakan banyak tenaga elektrik. Anda sepatutnya cuba menguruskan masa, seperti menggosok pakaian sebanyak mungkin dalam satu masa. Setiap saat anda memanaskan seterika untuk menggosok akan membazirkan banyak tenaga.

Menggunakan periuk masak tekanan lebih menjimatkan elektrik, masa & tenaga berbanding dapur elektrik.
Beli peralatan yang sesuai untuk keluarga adalah penting. Pembelian yang lampau akan menyebabkan pembaziran wang dan juga penggunaan tenaga.

Jika peralatan elektrik melebihi 10 – 15 tahun, praktikkan penukaran semula kepada peralatan baru yang cekap tenaga.

Pastikan logo “EnergyStar" ada pada peralatan cekap tenaga. Ini menunjukkan persijilan daripada pihak-pihak kerajaan atau pensijilan menbuktikan peralatan ini menggunakan tenaga elektrik secara cekap.

No comments:

Post a Comment