Showing posts with label Info Artis. Show all posts
Showing posts with label Info Artis. Show all posts

Sunday, December 23, 2012

Tun Mahathir Mentor SRK

Demi menghargai jasa Tun Mahathir yang merupakan salah seorang pelanggan setia butik mereka,Lord’s Tailor telah mengadakan sebuah majlis ulang tahun yang dihadiri oleh 200 tetamu VVIP dan selebriti di Hotel Le Meridien,KL Sentral,Kuala Lumpur pada 14 Disember lalu.Pihak Lord’s Tailor membuat kejutan kepada Tun Mahathir dengan membawakan aktor tersohor Bollywood , Datuk Shah Rukh Khan sebagai ‘hadiah’ kepada mantan Perdana Menteri Malaysia yang keempat itu.

Sementara menunggu kehadiran Shah Rukh Khan,majlis diserikan dengan persembahan penyanyi kegemaran Tun Mahathir,Datuk Yusni Hamid serta Amanda Imani dan seorang penyanyi India,Dr.Burns sebagai pembuka tirai majlis tersebut diiringi muzik Datuk Mokhzani Ismail.Shah Rukh Khan yang tiba sejam selepas majlis bermula terus memberi penghormatan kepada Tun Mahathir dengan menyanyikan lagu Happy Birthday dan Kuch Kuch Hota Hai yang katanya khas buat mentornya itu.

Shah Rukh Khan yang juga digelar SRK membuka rahsia,setiap tahun dia pasti tidak akan ketinggalan dan meluangkan masa untuk bertemu Tun Mahathir beberapa kali setahun.Sementara itu,sepanjang majlis berlangsung Tun Mahathir sentiasa mengukir senyuman dan kelihatan gembira . Beliau juga amat berterima kasih di atas kehadiran aktor tersebut serta tetamu yang sudi hadir meraikan hari ulang tahunnya yang jatuh pada 10 Julai lepas.

Antara tetamu selebriti yang turut meraikan ulang tahun idola kesayangan ramai tersebut ialah Datin Paduka Umie Aida dan suami , Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan,Vanidah Imran dan Rashidi Ishak,Esma Daniel dan isteri,Eja dan suami,Sofea Jane dan Fizz Fairuz.

Thursday, August 09, 2012

Rajesh Khanna Meninggal Dunia !


Pelakon Bollywood, Rajesh Khanna Meninggal Dunia

MUMBAI: Bintang Bollywood ternama, Rajesh Khanna meninggal dunia pada Rabu kerana menghidap komplikasi pelbagai jenis penyakit. Beliau berusia 69 tahun. Berita kematian itu disahkan sendiri oleh menantunya Akshay Kumar. “Saya ingin memberitahu bapa mertua saya sudah tiada lagi. Beliau telah pergi buat selama-lamanya. Saya harap semua pihak dapat berdoa terhadap kesejahteraannya,” katanya seperti dipetik portal newkarala.com pada Rabu.

Pelakon yang dikenali dengan panggilan Kaka itu meninggalkan isteri, Dimple Kapadia dan dua orang anak iaitu Twinkle dan Rinkle. Rajesh merupakan artis yang berjuang dalam isu-isu kesihatan dalam masa yang lama dan telah dimasukkan ke hospital sejak sebulan lalu. Pengebumian beliau akan dilakukan kira-kira pukul 11.30 pagi (waktu tempatan) pada Khamis.

Kematian beliau dianggap satu kehilangan besar terhadap dunia perfileman Bollywood kerana kehebatannya dalam industri berkenaan sehingga menjadi fenomena suatu ketika dahulu.

Saturday, July 28, 2012

15 Fakta Menarik Tentang Tan Sri P.Ramlee !


Rata-rata orang Malaysia sangat mengenali dengan pelakon lagenda ini, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee bukan??? Di sini saya ingin berkongsi fakta-fakta menarik yang sebelum ini kami sendiri juga tidak tahu. Mari kita baca...

1. Mempunyai empat jenis tandatangan dan dalam kad pengenalannya yang diisukan pada tahun 1964 setelah berpindah ke Kuala Lumpur dari Singapura, ruangan ‘race’ atau bangsa dibiarkan kosong.

2. Ketika kecil, selepas mengaji Quran, P. Ramlee akan berlakon di padang di hadapan kawan-kawannya dengan membawakan watak-watak wira seperti Hang Tuah, Robin hood, Zorro, Sea Hawk, Captain Blood dan Tarzan.

3. Terlalu kurus dan berjerawat batu ketika mudanya; suka ponteng sekolah, tidur dalam kelas, dan suka bermain dam. P. Ramlee bukan dari kalangan pelajar cemerlang. Beliau juga tidak gemar membaca – satu-satunya novel kegemaran P. Ramlee adalah berjudul ‘Atheis’ karya Achdiat K. Miharja.

4. Sangat meminati sepak takraw. P. Ramlee pernah menyumbangkan piala pusingan Oscar P Ramlee Sumbang Sih kepada Persatuan Sepak Takraw Singapura.

5. Azizah, lagu pertama yang menjulang namanya adalah inspirasi buah hatinya di Pulau Pinang; identiti wanita tersebut kekal misteri sehingga kini; mendapat bayaran royalti pertama bernilai RM3,000 dari syarikat T. Hemsley untuk lagu ini beberapa hari sebelum rusuhan Bertha Hertog atau Natrah pada tahun 1951.

6. Fasih berbahasa Jepun dan cekap bermain peralatan muzik seperti piano, gitar, biola, ukulele, trompet dan akordion. P. Ramlee tidak tahu bermain saksofon!

7. Lagu “Kewk Mambo” diinspirasikan daripada nama sahabat baiknya, Pengurus Produksi Malay Film Productions, Kwek Chip Jian.

8. Orang pertama mempersoalkan bayaran gaji pekerja-pekerja produksi; juga yang pertama memperkenalkan gabungan perkataan ‘pawagam’ (panggung wayang gambar); digunakan pada PAWAGAM P. RAMLEE (dulunya terletak berhampiran pusat membeli-belah Sogo dan Kompleks Pertama).

9. Jika di rumah, P. Ramlee selesa berpelikat yang dipakai bersama T-shirt Pagoda putih; suka memasak dan resipi ringkas kegemarannya adalah kacang panjang (digoreng hingga lembut) campur ikan bilis masak kicap.

10. Menu harian: ikan goreng dan ulam; ikan terubuk, kari ketam dan kuah laksa paling disukai; juga gemar berkunjung ke restoran Sup Setapak (masih wujud ke hari ini).

11. Tabiat pelik: suka mencium-cium aroma nasi kandar yang masih lekat di tangannya! Nasi Kandar ‘Line Clear’ adalah kegemaran P. Ramlee!

12. Sazali memainkan watak anak petani/peladang dalam filem Anak Bapak dan bersama anak-anak yang lain, mereka menjadi suara latar untuk lagu “Tolong Kami Bantu Kami” dalam filem 3 Abdul.

13. Mendengar lagu Jalak Lenteng nyanyian Rubiah berulang-ulang kali setiap kali berhadapan masalah.

14. Pernah ‘diboo’ dan disuruh turun pentas ketika menyanyi di Stadium Chin Woo, Kuala Lumpur menjelang kebangkitan irama pop-yeh-yeh.

15. Menghasilkan 18 buah filem dalam tempoh 8 tahun (1964 – 1972) dengan hanya menggunakan perkakasan ‘second-hand’ di Studio Merdeka, Ulu Kelang!

Friday, April 13, 2012

Bocah usia 3 Tahun dengan Gaji 1000 per lagu

Cleopatra Stratan

Lahir Pada 6 Oktober 2002 di Chisinau. ia adalah pencatat sejarah di Industri musik sebagai seorang penyanyi. Dengan albumnya tahun 2006 La vĂ¢rsta de trei ani (”pada usia 3″ . Dia mencatat record seorang artis cilik yang tampil diatas panggung dengan ribuan penggemarnya. Dia juga menerima penghargaan MTV Award dalam Artis termuda yang mencetak #1 Hit

Sunday, February 12, 2012

Whitney Houston meninggal dunia


Semalam banyak lah laman-laman web berita yang menyiarkan berita tentang kematian penyanyi terkenal, Whitney Houston.

Menurut berita, beliau ditemui mati lemas di dalam tab mandi bilik hotel oleh pengawal peribadi. Ubat tidur yang dicampur dengan alkohol dipercayai membuat beliau tertidur di tab mandi dan menyebabkan kematian beliau. Botol-botol arak dan ubat tidur ditemui di bilik hotel.

Paramedik mengesahkan kematian beliau pada 3:55 petangwaktu tempatan, 11 February, 2012. Whitney Houston berusia 48 tahun.

Saturday, July 04, 2009

Raja Pop Michael Jackson Dalam Kenangan











MICHAEL JACKSON

Tarikh mati: 25 Jun 2009

Kematian Michael Jackson 50 . Telah Mengemparkan Dunia Lalu Mengejutkan Jutaan Peminat Diseluruh Dunia Termasuklah Rakyat Malaysia Yang Begitu Mengagumi Bakat Luar Biasa Penyanyi Itu .