Monday, April 01, 2013
Bagaimana Yang Dikatakan Peranakan Turun.
Wednesday, December 19, 2012
Untuk Keselamatan Diri Bagi Wanita !
Tuesday, May 29, 2012
Kiasan Untuk Wanita !

Sunday, April 29, 2012
Apa Yang Kita Tahu Tentang Gila Meroyan?

Terdapat beberapa gangguan emosi yang ketara sehingga menyebabkan masalah psikologi atau penyakit mental selepas melahirkan anak. Meroyan atau gila meroyan merupakan istilah umum orang Melayu terhadap masalah perubahan emosi selepas bersalin. Gangguan emosi ini sebenarnya mempunyai spektrumnya tersendiri dari perubahan emosi yang tidak merbahaya atau dikenali sebagai postpartum baby blues sehinggalah penyakit mental yang serius , dikenali sebagai postpartum depression dan postpartum psychosis .
PENYEBAB GANGGUAN EMOSI SELEPAS BERSALIN
Penyebab sebenar gangguan psikologi selepas bersalin adalah tidak diketahui. Walaubagaimanpun telah banyak kajian dibuat yang menunjukkan interaksi antara masalah fizikal , masalah psikologi dan masalah sosial sama-sama menyebabkan gangguan emosi ini.
Secara fizikalnya, semasa mengandung, bukan sahaja hormon estrogen dan progesteron meningkat tetapi juga corticotrophin releasing hormone (CRH) dan hormon kortisol yang terlibat dalam mengawal stress juga meningkat. Sebaik sahaja kelahiran berlaku, hormon ini akan menurun dengan mendadak. Selain daripada itu ibu-ibu juga perlu menyesuaikan diri dengan perubahan fizikal seperti payu dara yang membengkak, penyusuan bayi susuk tubuh yang tidak lagi menarik, masalah semasa mengandung, masalah kelahiran , fizikal anak itu sendiri dan lain-lain lagi.
Secara psikologinya pula, peralihan kehidupan menjadi seorang ibu, tanggungjawab keibubapaan, kehilangan kebebasan hidup seperti sebelum mempunyai anak dan bayak masalah psikologi lain membelenggu bukan sahaja ibu-ibu tetapi juga si suami yang menjadi peyokong kuat kepada yang melahirkan anak.
Interaksi fizikal dan psikologi ini diburukkan lagi jika dengan masalah social seperti ibu-ibu tanpa suami, ibu remaja , masalah kewangan, masalah kekeluargaan danlain-lain lagi.
POSTPARTUM BABY BLUES
Postpartum blues adalah masalah perubahan emosi yang normal dan tidak serius. Ia kerap berlaku kepada wanita selepas bersalin. Ia boleh berlaku dari 60%- 80% ibu-ibu yang melahirkan anak. Perubahan emosi ini memuncak pada hari ke tiga hingga hari ke lima selepas bersalin. Ia akan berkurangan selepas lebih kurang sepuluh hari selepas bersalin dan akhirnya emosi mereka kembali kepada sedia kala. Ia boleh berlaku selepas kelahiran pertama dan seterusnya kerana setiap kelahiran adalah berbeza.
Ibu-ibu yang mendapat perubahan emosi ini mudah merasa penat dan keletihan. Kesukaran untuk tidur lena dan perubahan selera makan berlaku (kurang selera makan atau sebaliknya). Mereka mudah merasa tertekan, cepat marah, risau dan mudah menangis atau sedih tanpa sebab yang jelas.
Pakar berpendapat perubahan fizikal seperti perubahan hormon yang ketara, perubahan susuk badan seperti payu dara yang membengkak menyebabkan ketidaselesaan , tidak cukup tidur dan kekurangan tenaga berperanan sebagai salah satu penyebab postpartum blues . Selain daripada itu faktor emosi seperti kurang sokongan daripada suami, fikiran risau dan bimbang sama ada mereka akan menjadi ibu yang baik, menyesuaikan diri dengan kehidupan baru and memikirkan tanggung jawag keibubapaan secara tidak langsung menyebabkan perubahan emosi ini. Ibu-ibu yang mengalami perubahan emosi ini tidak perlu risau kerana ia hanyalah perubahan sementara. Tetapi jika ia bertambah buruk dan berpanjangan gangguan psikologi seperti kemurungan selepas bersalin mungkin berlaku.
Berikut adalah tips untuk membantu masalah ini.
1) Buat persediaan dengan mempelajari tanggungjawab sebagai ibubapa dari kawan-kawan, keluarga atau bahan-bahan bacaan sebelum mengandung.
2) Pastikan anda mendapat bantuan daripada suami , ahli keluarga yang lain untuk memberi sokongan emosi jika anda merasa tertekan.
3) Dapatkan pembantu rumah atau ahli keluarga yang lain untuk menguruskan kerja-kerja seharian dan membantu penjagaan bayi dan anak anda yang lain semasa tempoh berpantang kerana anda masih lemah.
4) Rehat yang cukup adalah penting. Ambil udara segar di luar dan jangan hanya berada di rumah walaupun anda berpantang
5) Beri masa untuk diri anda sendiri.
6) Diet dan pemakanan yang berkhasiat untuk kembali cergas.
KEMURUNGAN SELEPAS BERSALIN (POSTPARTUM DEPRESSION)
Gejala kemurungan selepas bersalin atau postpartum depression adalah gangguan psikologi yang perlu mendapat rawatan daripada pakar. Ia lebih teruk dan mendatangkan kesan buruk kepada ibu dan bayi yang baru dilahirkan. Ia boleh berlaku satu dalam setiap lapan (1:8) ibu-ibu yang melahirkan anak atau 10% hingga 20% daripada ibu-ibu ynag mengandung. Ia berlaku lebih kerap berlaku pada bulan pertama sehingga selepas setahun kelahiran anak. Malah ia boleh juga berlaku selepas keguguran atau kematian bayi dalam kandungan.
Ibu-ibu yang mengidap kemurungan selepas bersalin mengalami perubahan emosi yang lebih teruk dan lebih lama berbanding perubahan emosi pada postpartum blues. Secara psikologinya , ibu-ibu yang mengalami kemurungan selepas bersalin mengalami perasaan sedih yang berterusan sepanjang hari dalam jangkamasa yang panjang. Mereka merasa kehidupan seharian tidak bahagia atau ceria lagi walaupun telah menimang cahaya mata. Mereka sering menangis dan merasa resah. Perasaan rasa tidak berguna, tidak bersemangat dan rasa bersalah menyelubungi kotak fikiran mereka. Mereka tidak dapat lagi menumpukan perhatian dan mudah lupa semasa melakukan kerja seharian. Selera makan berkurangan dan tidur yang tidak mencukupi. Gejala ini jika tidak dirawat boleh berterusan sehingga satu atau dua tahun dan bertukar menjadi psikosis selepas bersalin
PSIKOSIS SELEPAS BERSALIN (POSTPARTUM PSYCHOSIS)
Psikosis selepas bersalin atau Postpartum Psychosis juga di panggil gila meroyan merupakan masalah psikosis paling teruk yang jarang berlaku selepas bersalin. Ia berbeza daripada masalah psikosis yang biasa berlaku kepada masyarakat umum kerana kaitannya dengan proses bersalin, manifestasinya yang lebih mirip kepada masalah emosi dan prognosis yang lebih baik.
Di kalangan seribu ibu-ibu yang melahirkan anak, satu hingga dua orang daripada mereka (1- 2: 1000) boleh diserang psikosis selepas bersalin.
Ia biasanya bermula 3 hingga 5 hari selepas bersalin dan dua pertiga daripada pesakit mendapat psikosis dalam dua minggu yang pertama selepas kelahiran. Namun ada kajian mendapati ia boleh berlaku beberapa jam selepas bersalin. Gejala psikosis selepas bersalin boleh berlaku sehingga satu atau dua tahun selepas bersalin. Namun terdapat percanggahan di kalangan pakar tentang tempoh ini. Bulan awal kelahiran merupakan waktu yang kritikal dan ramai wanita yang mengidap psikosis selepas bersalin mengalami psikosis yang ketara pada waktu ini .
Gejala psikosis selepas bersalin bermula dengan gagguan emosi seperti perasaan resah dan tidak tenang, Mereka tidak dapat cukup tidur walaupun bayi tidur lena. Mereka sering merasa keletihan. Kemudiannya, ibu yang mengidap psikosis selepas bersalin ini akan mengalami emosis yang tidak stabil dan berubah-ubah. Terdapat tempoh kemurungan atau kesedihan yang melampau dan sering menangis.
Psikosis berlaku apabila mereka mula mempunyai perasaan ragu-ragu , bercelaru, bercakap merapu dan mengeluarkan fakta-fakta yang sukar diterima akal yang waras. Separuh daripada mereka (50%) mempunyai pelbagai kepercayaan karut atau delusion. Mereka mempunyai kepercayaan yang karut tentang bayi yang baru dilahirkan. Ada di kalangan pesakit yang beranggapan bahawa bayi tersebut cacat walaupun sebenarnya sihat, bayi yang dilahirkan bukan anak mereka, bayi yang dilahirkan membawa sial dan sebagainya. Terdapat juga pesakit yang mempunyai kepercayaan karut seperti mendakwa mereka tidak pernah mengandung, diri diperkosa, rahim mereka tercedera dan sebagainya. Satu perempat daripada mereka ( 25%) mengalami gangguan halusinasi dengan mendengar suara-suara ghaib yang kadang-kadang memburukkan mereka, menyuruh pesakit membunuh bayi dan sebagainya.
Terdapat ibu-ibu yang mengalami psikosis selepas bersalin tidak mahu menjaga bayi mereka sendiri, membenci bayi tersebut malahan 4% daripada mereka cuba membunuh bayi (infanticide) mereka sendiri .Kadar bunuh diri di kalangan ibu-ibu yang mengalami psikosis selepas bersalin juga adalah tinggi sehingga mencecah 5%.
Gejala psikosis selepas bersalin ini boleh berulang sehingga 25%-75% daripada mereka yang telah mendapat penyakit ini akan mendapat gejala tersebut pada kelahiran seterusnya. Prognosis penyakit ini adalah lebih baik berbanding psikosis lain seperti schizophrenia.
FAKTOR RISIKO GANGGUAN PSIKOLOGI SELEPAS BERSALIN
1) Mempunyai sejarah penyakit mental
Wanita yang pernah mengalami penyakit mental seperti bipolar disorder, depressive disorder atau psikosis selepas bersalin sebelumnya lebih berisiko .
2) Mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai sakit mental
Lebih kurang 50% daripada ibu yang terlibat mempunyai sejarah keluarga dengan masalah emosi seperti kemurungan.
3) Melahirkan anak pertama ( Primaparity)
Wanita yang melahirkan anak buat pertama kali adalah dua kali ganda berisiko untuk mendapat psikosis selepas bersalin. Mereka yang masih muda dan mentah mempunyai kurang pengalaman menghadapi stress dalam penjagaan anak, mengurus diri semasa berpantang dan tekanan kehidupan baru sebagai ibu.
4) Komplikasi semasa mengandung
Ibu yang mempunyai komplikasi semasa mengandung seperti perdarahan, kencing manis dan darah tinggi semasa mengandung berhadapan dengan stress dan lebih berisiko mendapat psikosis selepas bersalin.
5) Komplikasi semasa melahirkan anak
Ibu yang mempunyai komplikasi semasa melahirkan anak sepertikelahiran pramatang, kelahiran songsang (breech delivery), pembedahan caesarian, tali pusat terbelit, bayi yang lahir bermasalah seperti cacat atau kematian bayi dan sebagainya berhadapan dengan stress dan lebih berisiko mendapat psikosis selepas bersalin
6) Masalah Sosial
Ibu yang mempunyai masalah sosial seperti ibu-ibu yang melahirkan anak tanpa berkahwin, ibu-ibu tunggal yang telah berpisah tanpa sokongan suami juga berisiko. Di samping itu masalah seperti kekurangan wang, pergaduhan suami isteri , pertelingkahan dengan mertua dan lain-lain masalah kehidupan meyebabkan ibu-ibu stress dan berisiko untuk psikosis selepas bersalin.
KESAN NEGATIF GANGGUAN PSIKOLOGI SELEPAS BERSALIN
Ibubapa berperanan penting dalam mendidik anak dan bertindak sebagai perantara pertama antara kehidupan anak dengan alam sekeliling. Ia bermula dari dalam kandungan ,awal kelahiran dan sehinggalah anak membesar. Anak-anak belajar daripada interaksi yang berlaku antara ibubapa dengan mereka. Ibu-ibu yang mengalami perubahan emosi dan gangguan psikologi boleh memberi kesan yang negatif bukan sahaja terhadap diri mereka sendiri tetapi juga bayi yang baru dilahirkan. Berikut adalah antara kesan negatif tersebut:
1) Perkembangan bayi terbantut
Kajian menunjukkan gangguan psikologi ibu selepas bersalin boleh menyebabkan gangguan perkembangan kognitif seperti perkembangan IQ dan perkembangan bahasa atau pertuturan anak atau bayi yang dilahirkan
2) Perubahan tingkahlaku anak
Ibu yang mengalami kemurungan atau psikosis tidak dapat lagi memberi perhatian kepada anak yang baru di lahirkan. Jika masalah ini berlanjutan gangguan tingkahlaku anak juga akan berlaku. Ia lebih ketara di kalangan ibu-ibu yang mendapat penyakit ynag berulang.
3) Kes bunuh diri dan membunuh anak (infanticide)
Di peringkat yang teruk 5% daripada ibu yang mengalami gangguan mental ini boleh membunuh diri sendiri dan 4% daripada mereka membunuh anak yang dilahirkan. Kebanyakannya adalah disebabkan gangguan psikosis yang dialami.
4) Kualiti kehidupan dan aktiviti seharian ibu, anak dan keluarga terjejas
Disebabkan gejala kemurungan dan psikosis ini kualiti kehidupan dan aktiviti seharian bukan sahaja pesakit yang terlibat tetapi juga anak dan keluarga juga terjejas. Kebahagiaan yang digambar dengan kelahiran anak bertukar menjadi huru hara.
RAWATAN
Psikosis dan kemurungan selepas bersalin adalah gangguan emosi yang serius . Implikasi terhadap pesakit dan bayi adalah merbahaya jika tidak dirawat dengan baik. Ia tidak boleh hanya dirawat dengan ubat-ubatan tradisional dan kaunseling sahaja.
Langkah pencegahan
1) Dapatkan keluarga yang memahami, membantu anda dan persekitaran yang tenang semasa mengandung dan selepas bersalin.
2) Sebagai langkah awal sebelum ia berlaku, wanita yang telah pernah mengidap penyakit ini perlu mendapat rawatan daripada pakar psikiatri. Laporkan kepada bidan yang bertugas di klinik antenatal bahawa anda pernah mengalami kemurungan , psikosis selepas bersalin atau gangguan mental yang lain.
3) Pakar psikiatri mungkin perlu memulakan ubat-ubatan yang selamat sebagai langkah pencegahan kepada pesakit yang telah mempunyai sejarah penyakit mental.
Sokongan Keluarga
1) Keluarga terutama suami perlu memberi sokongan kepada ibu-ibu yang berisiko dan mereka yang mengalami psikosis selepas bersalin.
2) Elakkan percanggahan pendapat , pergaduhan dan sebagainya yang boleh meningkatkan stress pesakit.
3) Bantu pesakit menguruskan diri semasa berpantang.
4) Fahami masalah psikologi selepas bersalin
5) Membantu penjagaan bayi yang baru dilahirkan jika didapati pesakit tidak mampu dan membahayakan
Rawatan Kepakaran
1) Pesakit perlu dimasukkan di hospital jika tiada sokongan keluarga dan didapati merbahaya kepada diri sendiri atau bayi dan orang sekeliling.
2) Perbincangan dengan pakar psikiatri untuk memulakan ubat-ubatan seperti ubat untuk psikosis dan kemurungan. Berbincang juga mengenai kebaikan dan komplikasi ubat-ubatan tersebut. Terdapat juga alternatif lain seperti rawatan elektrokonvulsif jika ia dirasakan perlu.
3) Bayi boleh diberi penyusuan jika pesakit tidak merbahaya dan ubat-ubatan tidak memberi komplikasi serius kepada bayi yang disusui. Perbincangan dengan pakar amat penting.
4) Perbincangan dengan pakar psikologi untuk menangani masalah sosial yang dihadapi oleh pesakit, keluarga dan cara-cara menguruskan stress.
Thursday, March 01, 2012
Mengenali Barah Pangkal Rahim

- Lelehan faraj yang berair dan berbau busuk.
- Rasa sakit semasa melakukan perhubungan seks.
- Perdarahan dari faraj antara haid atau selepas perhubungan seks.
- Sebarang perdarahan dari faraj selepas putus haid.
- Pusat Kesihatan Kerajaan
- Klinik Perancang Keluarga
- Hospital/Klinik Swasta
- Wanita berumur antara 20 - 65 tahun, yang aktif seks atau pernah aktif seks dahulu, perlu menjalani ujian Ujian PAP Smear.
- Ujian Ujian PAP Smear hendaklah dilakukan sekurang-kirangnya 2 tahun sekali.
- Ujian PAP Smear terbaik sekali dijalankan pada pertengahan pusingan haid atau 10 hari selepas kedatangan haid
Monday, February 27, 2012
Mengenali Simptom Keputihan Dan Penyebabnya

1-Simptom 1
-Lendir bewarna putih kekuningan,pekat bergumpal,berbau dan gatal di vagina
-Penyebabnya ialah kulat Candida sp
-Jika dibiarkan boleh melemahkan pertahanan diri dan menggalakkan bakteria bahaya lain merebak seperti E-Coli
2-Simptom 2
- Lendir berwarna kuning pekat kehijauan, berbuih dan berbau busuk.Vagina terasa sakit jika ditekan,kadang kadang disertai rasa sakit semasa buang air kecil dan ada bintil atau luka di bibir vagina serta gatal.
-Penyebabnya ialah bakteria jenis Trichomonas vaginalis dan Enterobiasis
-Kemungkinan penyakitnya ialah jangkitan penyakit kelamin
3-Simptom 3
-Lendir pekat dan kehijauan kadang-kadang bercampur darah, berbau hamis namun tidak timbul rasa gatal pada vagina dan terdapat luka.
-Penyebabnya adalah virus dan dikhuatiri mungkin tanda tanda awal pra kanser rahim.
Keadaan yang menyebabkan berlaku keputihan
1-Pada masa yang subur
-Pada waktu subur tubuh wanita akan giat menghasilkan hormon estrogen akibatnya lendir yang dihasilkan vagina akan lebih banyak dari biasa.
2-Ketika hamil
-Ketika hamil hormon estrogen lebih dikeluarkan dan pada waktu itu keputihan penting untuk menjaga kelembapan sekaligus meningkatkan persediaan vagina melakukan peregangan ketika waktu untuk melahirkan.
3-Saat terangsang
-lendir di vagina akan lebih banyak keluar jika wanita terangsang secara seksual.Cairan yang keluar ini berfungsi sebagai pelincir yang membantu saat melakukan hubungan seksual.
4-Berat badan yang berlebihan
-Apabila lemak terlalu banyak di kaki atai celah paha dan kelangkang ini akan menjadikan kawasan tadi lembab dan ini memudahkan kulat membiak dan keputihan akan terjadi.
5-Minum/memakan antibiotik dalam dos tinggi
-Dalam vagina terdapat bakteria yang bertugas menstabilkan keasidan pH vagina agar tetap dalam keadaan asid dan antibiotik yang diambil secara berlebihan akan membunuh bakteria berguna tadi dan ini akan merosakkan kestabilan pH vagina dan akan menyebabkan kulat dan bakteria berkembang baik dan menyebabkan keputihan.
Anda boleh bertanyakan soalan secara percuma tentang kesihatan dan keputihan diblog Klinik keputihan Dr Salwa
http://www.klinikkeputihan.blogspot.com
Monday, February 20, 2012
Rahsia Petua Melayu Lama
Dalam masyarakat tradisi Melayu,terdapat banyak petua-petua untuk perawan (anak dara) yang elok diamalkan agar sentiasa dipandang menarik, menawan dan cepat dipinang orang. Ini juga merupakan petua-petua yang boleh diamalkan terus oleh wanita yang telah berkahwin dan telah mempunyai anak.
Petua-petua berikut adalah koleksi dari berbagai pengalaman dan tulisan.
1. Bangkit Bersambut
2. Wajah Suci
muka bercahaya dan segar kerana pelembap asli muka tidak dibuang.
3. Menyegarkan Payudara
4. Taman Semerbak Mewangi
5. Lubang Jarum
6. Suara Perindu
7. Mengurut Pangkal Bunting Padi
8. Payudara Montok
Elakkan dari rneniarap di atas lantai sama ada di waktu siang atau malam,kerana meniarap dilantai akan mengendurkan payudara anda.
Saturday, January 07, 2012
50 Tips Pikat Lelaki

1.Sentiasa tersenyum dan jangan bersikap sombong apabila berinteraksi dengan mereka.
2. Pandai memasak adalah ciri-ciri utama mengapa lelaki mudah terpikat dengan anda.
3. Berpewatakan menarik mampu menarik minat mereka.
4. Jujur dan sentiasa merendah diri.
5. Lakukan apa yang dia suka dan jangan lakukan apa yang dia tidak suka.
6. Mempunyai bentuk badan yang menarik (terpulang kepada individu).
7. Mempunyai tingkah laku yang baik dan lemah lembut.
8. Pandai dalam memainkan peranan sebagai seorang wanita ketika berada di samping lelaki yang anda minati.
9. Jangan terlalu mengongkong.
10. Ketika berinteraksi dengan mereka jangan lupa gunakan bahasa tubuh yang anda ketahui seperti mata dan tangan.
11. Jaga cara pemakaian anda, seksi atau tidak terpulang kepada lelaki yang anda minati.
12. Sering memberikan kad ucapan buat si dia yang kamu minati untuk 'plan' pertama memikat dirinya.
13. Lelaki sukakan wanita yang suka berterus terang tanpa menyembunyikan sesuatu.
14. Apabila berhadapan dengan lelaki yang kamu minati, renungi matanya dan tunjukkan sifat humor kamu. Ini adalah taktik untuk memberitahu si dia bahawa kamu boleh didekati tetapi bukan bererti kamu ini perempuan murahan dan mudah didekati.
15. Jangan bersikap selalu jual mahal apabila berada bersama mereka.
16. Bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.
17. Tidak mudah putus asa dan sentiasa berdiri di atas kaki sendiri tanpa meminta pertolongan dari orang lain.
18. Jangan suka bercakap benda yang tidak berfaedah ketika bercakap dengan mereka.
19. Jangan bandingkan 'dia' dengan lelaki-lelaki yang pernah kamu kenali.
20. Menjadi temannya ketika dia susah dan senang.
21. Lelaki suka kamu menjadi pendengar yang setia dan tidak suka wanita yang suka membangkang.
22. Yang paling penting lelaki suka dimanjai dengan belaian dan kata-kata yang romantik.
23. Bunyi derapan kasut ketika berjalan juga mampu menarik perhatian lelaki.
24. Lelaki tidak suka jika kamu memakai mekap yang terlalu tebal.
25. Mengetahui bila hari lahirnya.
26. Menghormati dirinya, keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya.
27. Bersikap matang dalam tutur-kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan.
28. Agresif.
29. Jangan terlalu 'excited' ketika bertemu dan berbual dengannya. Contohnya berbual terlalu lama di telefon untuk perkenalan pertama.
30. Jangan terlalu bersikap 'kelakian' dan ganas dalam pergaulan.
31. Jangan terlalu menunjukkan bahawa kamu ini terlalu baik dan 'perfect'.
32. Jangan perasan bahawa kamu ini mempunyai paras rupa yang jelita.
33. Sentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros di dalam perbelanjaan.
34. Bersikap keibuan adalah antara tips yang perlu kamu titik beratkan.
35. Sentiasa bercakap lembut dengan mereka.
36. Ketahuilah mereka ini adalah golongan yang terlalu sensitif dan suka akan kelembutan apatah lagi dari seorang gadis.
37. Kenali siapa dirinya sebenarnya sebelum kamu memulakan langkah untuk memikat.
38. Lelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit. Jangan biarkan wajah kamu dipenuhi jerawat batu!
39. Aset penting bagi kamu untuk memikat lelaki adalah mata, punggung dan gaya langkah kamu yang kemas.
40. Jangan bersikap terlalu kuno.
41. Bertanya khabar sekurang-kurangnya dua kali seminggu agar tali persahabatan kamu dengannya tidak putus begitu sahaja. Mungkin suatu hari nanti sikap kamu yang terlalu mengambil berat mampu menarik perhatiannya.
42. Usia dan bentuk badan bukan menjadi ukuran yang penting tetapi kecerdikan, kejujuran dan tingkah laku yang bersopan-santun.
43. Lelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan beragama namun begitu kamu tidaklah perlu terlalu alim.
44. Menunjukkan bahawa kamu bukanlah seorang gadis yang mudah dipermainkan.
45. Jangan terlalu merengek dan mengada-ngada.
46. Jangan tunjukkan kelemahan kamu ketika berada di samping lelaki yang kamu minati.
47. Lelaki sukakan wanita yang bijaksana dan matang serta mudah diajak berbincang.
48. Berjaya di dalam apa jua bidang yang kamu ceburi.
49. Tidak terlalu meminta dan jaga tata tertib kamu di meja makan.
50. Jangan terlalu over nanti lelaki akan meluat pula dengan kamu!
Friday, January 06, 2012
Tanda Lelaki Itu Masih Suami Orang

2. Ketika sedang berjalan-jalan dengan anda matanya liar memerhatikan sekeliling kerana dia khuatir terserempak dengan rakan-rakan isterinya atau saudara mara. Dan juga menggatal tgk awek lain.
3. Jarang mengajak anda makan di tempat terbuka untuk menjaga line dengan makan di tempat-tempat yang sulit dan tersembunyi. Atau jauh dr tempat tinggalnya.
4. Sukar untuk menghubungi telefon bimbitnya pada waktu lepas keje dan hari minggu kerana sebenarnya dia menggunakan 2 atau 3 talian (sim card) dan anda hanya mempunyai nombor talian yang dikhaskan untuk menggatal. Atau beralasan tidur @ silent.Atau tengah berdating dengan awek-awek yang lain.
5. Sama sekali tidak akan mengajak anda datang ke rumahnya untuk bertemu kedua orang tuanya. Apalagi ajak datang ke rumahnya sendiri dengan alasan tak mahu rumahnya bersepah2.
6. Dalam keretanya ada tanda-tanda kehadiran budak kecil seperti anak patung, selipar, puting ataupun tompok-tompok berbau susu di kusyen kereta.
7. Bila bersembang tentang rahsia wanita, pengetahuannya luarbiasa kerana dia sendiri pernah tinggal serumah, sebilik dan sekatil dengan wanita. Hati-hati bila cerita bajet kahwin dan pertunangan.
8. Tahap kemiangan dan kegatalannya melampau, mungkin kerana terlalu di kongkong oleh isterinya. Bila memandang tubuh anda, matanya menakutkan (tafsir sampai ke dalam kata orang tua). Tangannya pun gatal menjalar. Cium pun nak. Ada pengalaman.Matanya pun meliar baca satu badan.
9. Perutnya buncit atau boroi kerana makan dan minumnya dijaga oleh isteri mithali yang baik dan setia di rumah atau aweks lain yg dikikis duit belanja mkn dia.
10. Bila telefon bimbitnya berbunyi, dia akan pergi ke tempat yang agak jauh dari anda untuk menjawabnya atau jika di dalam kereta dia akan membiarkan telefon berbunyi tanpa menjawabnya selepas melihat nombor yang terpapar di screen kerana yang menelefonnya adalah isterinya @ koleksi awek2 yang lain.
11.Keretanya akan dikemaskan kononnya baru balik dari kerja. Kasut dan beg diletak di depan semula.
12.Pelekat parking akan ditanggalkan untuk mengelak diketahui tempat tinggalnya dan pejabatnya.
13.Jangan percaya belum kahwin kalau umur dah meningkat 30 lebih.
14.Bila tiba cuti sekolah,pasti dia tiba-tiba bercuti panjang balik kampung katanya.
15.Sering beri alasan atau ceritakan masalah kewangan untuk dapatkan simpati.Sebenarnya duit dah habis bagi nafkah anak bini.
Tuesday, January 03, 2012
Tips Mengelak Dari Dirogol

1. Mata;
2. Kerongkong (dileher);
3. Perut;
4. Lubang telinga;(masukkan benda tajam ke dalam lubang telinga dan tusukkan secara keras).
5. Di bawah dagu;
6. Sebelah atas bahu;
7. Lengan tangan;
8. Dada (dibahagian puting);
9. Tepi pinggang;
10. Tapak tangan;
11. Peha;
12. Alat Sulit lelaki;
13. Belakang leher;
14. Lubang hidung (masukkan benda tajam ke dalam lubang hidung dan tusukkan secara keras).
Tips kecemasan:
*Jangan lupa bawa hanphone.
*Jangan Pakai terlalu seksi hingga mudah untuk dibuka. Seperti skirt, kain sarong.
Saturday, November 05, 2011
Apa Itu Pap Smear

Monday, October 31, 2011
Tanda Lelaki Sayang

Monday, June 27, 2011
Mengetahui Masa Subur Wanita

1. Masa haid
2. Masa bersih pertama; kandungan rahim sudah bersih dari kotoran tapi sel wanita belum dapat dibuahi untuk menjadi benih.
3. Masa subur; kandungan rahim sedia untuk menerima sel benih, yang akan memberhentikan kedatangan haid.
4. Masa bersih kedua; masa penghancuran. Alat-alat dalam rahim mulai membersihkan kerana tiada pembuahan dan menanti datang haid yang baru.
Ringkasnya, minggu I, II dan IV adalah minggu kosong, tetapi minggu ke III adalah minggu subur. Untuk mengetahui dengan tepat waktu subur bagi seorang wanita, haruslah mengetahui masa kedatangan haid pada setiap bulan, untuk menyesuaikan waktu 14-16 hari sebelum datang haid sebelum datang haid yang baru. Apakah anda mempunyai jangka waktu bersih 28 hari 30 hari ataupun 32 hari.
Menurut pendapat pakar kelamin, sel telur lelaki dapat hidup 2 X 24 jam sebelum 'masa subur' dan 2 X 24 jam sesudah 'masa subur’. Maksudnya 2 hari sebelum dan selepas 'masa subur', masih boleh menjadi benih bila bersetubuh pada masa itu.
Jadi yang paling baik untuk memiliki anak ataupun menjarakkan kehamilan, haruslah melakukan persetubuhan berpandukan pada masa tersebut, iaitu 2 X 24 + 2 X 24 + 2 X 24 ataupun 2 hari + 2 hari + 2 hari - jumlah hari subur. Kesimpulannya, masa subur adalah dari hari ke 12 hingga hari ke 18 sebelum datang haid yang baru.
Sunday, June 26, 2011
7 Tanda Awal Kanser

Thursday, June 09, 2011
7 Cara Tampil Menawan

Wednesday, April 20, 2011
Padah Kasut Tumit Tinggi

Pemakaian kasut tumit tinggi bagaikan sudah menjadi lumrah bagi golongan wanita. Bahkan mereka menyatakan terasa diri lebih yakin apabila menyarung kasut bertumit tinggi ke tempat kerja atau sekadar ke kedai runcit berhampiran rumah. Jika tidak kasut setinggi 5" pun mereka pasti menyarung kasut bertumit 1" atau sekurang2 nya 3".
Sedarkah kita sebenarnya pemakaian kasut tumit tinggi boleh menjejaskan kesihatan apatah lagi bagi wanita yg telah mencecah usia 40-an keatas.
Padah bagi tulang Osteoporosis.
* individu yg sudah berusia 40-an berisiko tinggi menghadapi keadaan tulang rapuh atau Osteoporosis. Justeru hal ini boleh memberi kesan teruk jika seseorg itu tergelincir, kerana keberangkalian untuk mengalami keretakan tulang adalah tinggi.
* Tergelincir berlaku apabila seseorg gagal mengawal keseimbangan tubuh apabila berjalan kerana keadaan tumit dan bahagia depan kaki tidak stabil berada di tanah. Oleh tu elakkan berkasut tinggi supaya tidak mudah tergelincir sehingga akhirnya anda perlu bertongkat sepanjang masa.
Padah bagi kesihatan
* Pelbagai masaalah kesihatan lain boleh timbul apabila memakai kasut tumit tinggi selama bertahun-tahun. Hal ini menyebabkan cara jalan seseorang berubah kerana meletakkan tekanan berlebihan sehingga 26% pada lutut. kasut bertumit 2.5" memberi 50% tekanan manakala kasut bertumit 3" memberi 76% tekanan pada kaki. Tulang juga boleh berubah kerana di paksa masuk ke daalam tumit tinggi yang ketat dan runcing pada bahagian depan.
* Kasut tumit tinggi direka untuk menolak bahagian dada ke depan dan punggung kebelakang. Hal ini membuatkan tulang punggung terkeluar daripada kedudukan asalnya. Pelbagai masaalah kesihatan akan timbul antaranya :
1 . Tulang bahagian belakang kaki membesar dan menyakitkan
2 . Kencing tidak lawas dan sakit belakang kerana perubahan pinggul.
3 . Gangguan kitaran haid dan membawa masaalah kesuburan.
4 . Sakit belakang badan kerana beban tubuh disokong secara tidak seimbang.
5 . Otot betis kejang terutama wanita hamil kerana menampung berat badan berlebihan.
Wanita disarankan elakkan memakai kasut bertumit tinggi demi kesihatan tubuh dalam jangka masa panjang. Jika anda mula berkasut tinggi sejak usia 20-an, maka kesannya hanya anda lihat selepas 10 tahun kemudian.
Oleh yang demikian, ketika anda berada dalam usia 40-an, baru anda akan berasa kesannya. Kaki anda sakit2 dan seluruh tubuh anda akan mulai berasa kurang selesa. Wajarkah anda menanggung segala ini hanya kerana kasut yang anda pakai??
Sunday, January 16, 2011
Rahsia Wanita Berdasarkan 4 Unsur
Tuesday, November 30, 2010
Menaikkan Seri Wajah Pengantin
Sunday, August 01, 2010
Rahsia Mata Wanita
SAIZ MATA KECIL
SAIZ MATA SEDERHANA
SAIZ MATA LEBAR
Cukup kuat berahsia, otak kurang cergas, pemarah,bertindak tanpa fikir panjang, kurang teratur, tiada arah tujuan dan putus asa.Tapi boleh setia. Nafsu syahwat tinggi.
MATA SELALU BERKEDIP
Pemaaf, senang dibawa berbincang, memahami dan sabar. Wanita ini baik.
MATA JARANG BERKEDIP
Wanita ini istimewa, bijaksana, baik pekerti, setia, adil,bertanggungjawab,tidak cerewet, membantu dan membahagiakan.
MATA CENGKUNG
Kurang memuaskan, materialistik,hidup dengannya boleh sengsara, kata manis tapi bohong, mahu senang, mudah curang, bila anda susah dia tidak peduli.
MATA REDUP
Wanita ini mudah dipermainkan, tidak dapat kawal emosi, hati tidak tetap, banyak kenalan kurang sahabat, mengumpat, irihati, kejam, kasar,mencemuh, pemarah.
MATANYA SEOLAH TERSEMBUL KELUAR
Sifatnya baik, rela, tabah, menyenangkan,ikut kata. Tapi mungkin tidak tepati janji, pendendam, tamak dan marah bila tidak puas nafsu syahwatnya.
Friday, July 30, 2010
Rahsia Warna Lipstick
Warna Ungu
Warna Merah


