Showing posts with label Info Orang Pelik. Show all posts
Showing posts with label Info Orang Pelik. Show all posts

Wednesday, November 20, 2013

Cinta Tanpa Mengira Rupa Bentuk







Adakah ini dipanggil cinta sejati tanpa mengira rupa bentuk dan saiz ? Apa kata orang ? Gadis ini betul-betul cintakan laki ini tanpa sebarang rungutan , adakah disebabkan harta ? Apa-apapun , memang berharap ia memang cinta sejati , untunglah laki tu.

Thursday, May 30, 2013

Makan sambil Tergantung



Di Venice, Itali anda boleh merasakan sensasi menjamu sambil menikmati makan malam setinggi 50 meter!

Pada bulan Jun pengunjung boleh merasakan makan malam di udara di Hotel Cipriani, Venice, Itali. Event ini bernama Dinner in the Sky. Tetamu beserta meja makan dan hidangannya akan diangkat dengan kren hingga ketinggian 50 meter.

Sebanyak 22 tetamu dapat duduk melingkar di meja makan ini. Mereka akan duduk tergantung di atas kolam renang Hotel Cipriani yang berada di Pulau Giudecca. Sambil berada di angkasa, anda boleh merasai masakan ala Orient-Express atau hanya sekadar menikmati minuman sambil melihat pemandangan Venice.

Tetamu mempunyai pilihan untuk berada di udara selama 1 jam sambil menikmati 3 hidangan makanan yang disediakan oleh chef hotel atau 30 minit di udarasambil menikmati minuman beralkohol. Hidangan ini boleh mereka nikmati sambil memandang ke Dataran St Mark .

Kren memerlukan masa 3 minit untuk mengangkat meja makan mencapai ketinggian maksimum. Satu set meja makan ini juga boleh berputar 180 darjah dan menawarkan tetamu pemandangan yang berbeza-beza dari bandar.

"Para tetamu akan duduk aman di kerusi yang direka khas dan makanan akan diawasi oleh ahli khusus terlatih , untuk membuat hidangan paling eksentrik di dunia," ujar pihak hotel dalam satu kenyataan.

Makan malam di udara ini bernula dari tarikh 19 Jun hingga 23 Jun 2013. Harga yang dikenakan kepada para tetamu mulai dari 50 Euro per orang untuk minuman dan makanan ringan atau 250 euro untuk makan malam, termasuk wine.

Untuk event Dinner in the Sky, pihak hotel mengesyorkan para tetamu untuk tempahan terlebih dahulu.

Sunday, May 26, 2013

Wanita Jerman Seksi Mempunyai Janggut..



Seorang ibu yang berasal dari Jerman mula ditumbuhi janggut selepas kelahiran anaknya 28 tahun lalu. Selama ini dia selalu mencabut rambut di dagu itu namun kini mula malas dan membiarkannya tumbuh.

Perempuan bernama Mariam itu terkadang memakai penutup di dagunya. Dalam sebuah tayangan televisyen dia mengatakan sudah mulai enggan mencabut janggut itu mahupun menutupinya. "Setelah dicabut kulit saya nampak kemerahan. Sudah banyak orang bertanya dan mereka tidak percaya akan semua itu," ujarnya.

Keluarga Mariam kerap mengkritik agar dia selalu mencabut bulu di dagunya itu. Pada 2008 dia pernah memanjangkan janggutnya sekadar mengetahui bagaimana rupanya bila rambut itu tumbuh subur di dagunya.

Akhirnya selepas satu dekad hidup tanpa pasangan lantaran malu mempunyai janggut Mariam memutuskan memelihara rambut itu dan merasa seksi kerananya. Mariam mengikuti dalam rombongan sarkas dan persembahannya pertunjukannya sendiri. Doktor tempatan mengatakan kemungkinan gen ini boleh diwarisi anak perempuan Mariam kelak

Tuesday, May 14, 2013

Menangis Keluar Darah Setiap Hari


Seorang kanak-kanak di Kabupaten Majalengka 'indonesia' menderita penyakit aneh sejak kecil. Cila selalu mengeluarkan darah dari mata hingga liang tangannya jika menangis.

Ketika ditemui di kediamannya di RT05/04 Dusun 2, Desa Bojong, Kecamatan Dawuan, Majalengka, Ika Rosita (20) ibu dari Cila Meylina Putri, 20 bulan mengaku keadaan tersebut sudah terjadi sejak 17 bulan lalu, ketika anaknya masih berusia 3 bulan. Keanehan tersebut semakin menjadi, sejak kira-kira lima bulan tekahir,

"Awalnya darah keluar dari matanya saja. Namun lama-kelamaan setiap kali menangis, selain dari lubang hidung, darah juga keluar dari liang tangan Cila, "kata Ika.
Ika menjelaskan, secara umum, keadaan Cila nampak tidak ada keanehan dengan anak seusianya. Namun demikian, sebagai seorang ibu, Ika mengaku bimbang setiap kali anaknya menangis dan selalu mengeluarkan darah.

"Setelah nangis, seperti biasa ia bermain-main. Tapi, bagaimanapun juga saya merasa bimbang, kerana setiap hari menangis boleh sampai lima kali dan selalu mengeluarkan darah, "jelas dia.
Sebagai orang tua, Ika yang berasal dari Kabupaten Sumedang tersebut mengaku khuatir dengan keadaan anaknya tersebut. Diakui dia, sejak ada keanehan pada Cila, dirinya sempat membawa anaknya ke RS.

"ketika mula-mula mengalami hal seperti ini, saya sempat membawa Cila ke RS di Sumedang. Terkini, sekitar dua minggu yang lalu, Cila dibawa ke RSUD Cideres. Dan katanya harus dibawa ke poly mata, ke Bandung, "jelas dia.

Namun, kerana kekurangan wang, Ika akhirnya membawa pulang Cila kembali ke rumah. Ketika dirujuk ke RSUD Cideres, 
"Jangankan untuk berubat, untuk makan saja sukar. Suami saya juga hanya sebagai buruh kasar di kilang jubin, "jelas dia.

Sunday, May 12, 2013

Cincin Dengan Kulit Manusia



Cincin emas yang diberi nama sebagai Forget Me Knot ini dicipta oleh seorang pereka fesyen dari Iceland yang bernama Sruli Recht. Beliau merupakan seorang warganegara Australia dan kini tinggal di Reykjavík Iceland. Recht belajar dalam rekabentuk fesyen di RMIT University yang terletak di Melbourne. Apa yang unik, menarik dan pelik tentang cincin yang dihasilkannya ini adalah cincin ini menggunakan emas tulen serta menggunakan jalur kulit dirinya sendiri yang dibuang melalui pembedahan dan dipasang terus pada cincin emas tersebut.

Ramai pereka lain terkejut dengan idea Recht apabila beliau membuat keputusan untuk menjalani pembedahan dengan mengeluarkan jalur kulit dari perutnya sendiri. Selepas pembedahan, sepanjang 10 milimeter kulit dengan bulu yang masih melekat diawet dan terus dipasang pada cincin emas sebagai perhiasan

Bersama-sama dengan cincin emas yang deselaputi kulit serta daging ini, pembeli juga akan menerima sijil DNA sebagai bukti bahawa cincin tersebut menggunakan kulit sebenarnya kepunyaan Sruli Recht serta DVD dokumentari yang mana menunjukkan proses pembedahan pelik dan temu bual dengan pasukan yang terlibat untuk membina cincin ini. 

Beliau menjadi terkenal kerana telah mencipta pelbagai koleksi perhiasan yang pelik. Beberapa karya awal beliau adalah termasuk barang yang dihias dengan luar biasa seperti kulit kambing yang dilahirkan mati, sutera yang diekstrak daripada kelenjar labah-labah, dan macam-macam lagi.

Saturday, May 04, 2013

Hanya Terbuka Mata Apabila Menyanyi


Wrexham, United Kingdom, Semakin lanjut usia seseorang maka fungsi tubuhnya akan semakin menurun, tak terkecuali fungsi penglihatan dan pendengaran. Namun pekara aneh terjadi pada seorang nenek yang berasal Wrexham. Nenek bernama Moira Gleed ini mengidap penyakit yang jarang berlaku yang membuatnya tak boleh membuka matanya, kecuali ketika bernyanyi.

Penyakit yang jarang berlaku yang dialami Gleed itu disebut dengan focal Dystonia atau gangguan saraf yang mempengaruhi otot-otot di seputar mata dan menyebabkan kelopak mata menutup dengan sendirinya, tapi masih boleh berkerut dan berkelip.

Gleed pun hampir menghabiskan seumur hidupnya dalam kegelapan hingga suatu ketika ia mencari cara untuk meredakan keadaan, walaupun hanya sementara, yaitu bernyanyi.

"Awalnya kedua mata saya berwarna sangat merah, meradang, gatal dan perih. Lalu saya mula menyedari jika kelopak mata saya boleh menutup sendiri. Saya tak tahu bagaimana menggerakkannya, kecuali jika saya mengangkatnya dengan jari-jari saya," ungkap Gleed.

Menurut Gleed, keadaan ini mengganggu hidupnya kerana ia harus kehilangan pekerjaan sebagai penasihat kerjaya, bahkan ia tak boleh memandu keretanya sendiri.
Keajaiban datang ketika pada suatu hari di tempat Gleed berlatih paduan suara, ia bernyanyi dengan sepenuh hati dan tiba-tiba ia sadar jika ia boleh melihat jurulatih orkes. "Kedua mata saya terbuka!" katanya.

Layaknya tunanetra, Gleed harus berjalan dengan menggunakan tongkat dan kacamata hitam. "Nampaknya ini kerana mata saya sangat sensitif terhadap cahaya ekstrim. Awalnya saya tak mengendahkannya tapi kemudian setelah terkena cahaya itu mata saya mulai terasa perih dan kering.

Saya pun pergi ke doktor pakar mata dan mereka menduga mata saya meradang. Namun ubat-ubatan yang diberikan pada saya tak memberikan apa perbezaan, "tuturnya.

Pelbagai ubat juga telah dicuba oleh Gleed tapi hasilnya nihil. Beberapa diantaranya adalah ubat-ubatan yang dijual bebas di farmasi hingga suntikan botoks yang harus dipakai setiap 10 minit untuk menenangkan otot-otot di sekitar matanya.

Gleed menambah sepanjang hari ia merasa ada pasir di dalam kedua matanya dan rasanya kering sepanjang masa. Keduanya juga tak dapat membuka dan menutup sepenuhnya sehingga menambah kesakitan yang dirasakan Gleed. Namun gejala ini tak berlaku apabila Gleed bernyanyi.
Beruntung Gleed telah menemui cara jitu untuk mengatasi keadaan itu sekaligus hobinya selama ini iaitu menyanyi.

"Bernyanyi juga membuat saya melupakan masalah barang sejenak. Meski sebenarnya agak aneh kerana ketika saya berhenti menyanyi, mungkin pada masa intro atau rehat piano, mata saya menutup tapi seketika saya mula menyanyi,ia akan terbuka kembali," ujarnya.

Focal Dystonia hanyalah salah satu dari jenis penyakit yang jarang berlaku yang menyerang sekurang-kurangnya 70,000 kanak-kanak dan orang dewasa .
"Dystonia adalah gangguan neurologi dimana otak menghantar isyarat yang salah sehingga menyebabkan otot-otot yang menerima isyarat itu menjadi terlalu aktif. Keadaan ini boleh menyerang pelbagai bahagian tubuh yang berbeza, termasuk membuatnya lumpuh atau menyebabkan kesakitan jika digerakkan,"


Friday, May 03, 2013

Suka Memeluk Tanpa Dikenali




Ini adalah Melinda Schmidt, seorang gadis yang baru di bandar besar, yang telah menemui cara baru untuk mengubati rindunya - dengan pelukan.

Schmidt berasa sunyi apabila dia berpindah ke North Carolina,jadi dia mendapat idea untuk menghilangkan rasa rindunya pada kawan-kawannya dan kampung di tempat dia membesar.

Jadi dia berjanji untuk memeluk seseorang yang baru setiap hari untuk sepanjang tahun ini.

Bukan semua orang yang suka dengan cara Melinda melepaskan rindunya itu walaupun niatnya adalah baik. Kebiasanya, Melinda akan memilih orang-orang yang akan beliau peluk. Sebagai contoh orang yang lalui hari-hari yang buruk di depan matanya.

Wednesday, May 01, 2013

Suka Pakai Baju Perempuan





Seperti yang kita lihat di salah satu watak yang paling ikonik di Tokyo, Hideaki Kobayashi, yang lebih dikenali sebagai "Sailor Saman Old Man" atau lelaki yang pelik memakai pakaian seragam murid.

Sebahagian daripada anda mungkin tahu, pakaian seragam murid sangat popular di Jepun, tetapi kebanyakannya ia adalah gadis-gadis yang memakai . Seorang lelaki memutuskan untuk menjadikan trend fesyen dan mula memakai pakaian itu , di beberapa tempat yang paling sesak di Tokyo. Hideaki Kobayashi adalah salah satu daripada jurugambar cosplay paling berpengalaman Jepun, bermakna dia telah menghadiri anime dan acara-acara bertemakan permainan video selama lebih satu dekad, mengambil gambar orang berpakaian seperti watak-watak kegemaran mereka.

Kod pakaian mewah mesti disapu beliau, kerana dia mula membuat penampilan dalam pelayar gaya seragam sekolah yang kini terkenal. Dia kelihatan pelik untuk di melihat walaupun pada menunjukkan cosplay, tetapi Hideaki memutuskan untuk mengambil satu langkah ke hadapan dan memakai pakaian seragam girly di mana sahaja dia pergi. Di dunia Barat, kebanyakan orang mungkin akan terkejut dan jijik di sisi seorang lelaki berbulu berjalan di sekitar bandar dalam pakaian seragam murid, tetapi tidak di Jepun. Di sini, Sailor Saman Old Man menjadi selebriti internet, dicari oleh anak-anak muda yang mahu mengambil gambar dengan beliau dan meletak dalam talian untuk semua orang melihat. Dia juga berbual tentang dikerumuni untuk gambar "seperti seorang selebriti popular", di Facebook.

Tuesday, April 30, 2013

Majlis Kematian Untuk Diri Sendiri



Beijing: Seorang mahasiswa mengadakan majlis pengebumian untuk dirinya sendiri kerana tidak mahu ‘terlepas’ daripada mengalami peristiwa itu.

Untuk membolehkan ia berlangsung, Zeng Jia menggunakan wang simpanannya dan mengupah syarikat yang berkenaan mengadakan majlis itu sama seperti yang dilakukan terhadap orang yang sudah mati.

Selain dihiasi bunga-bungaan, majlis itu juga berlangsung di Wuhan dengan dihadiri sejumlah orang yang meratapi ‘kematian’ berkenaan serta dirakam jurugambar. Kata Zeng, berdasarkan apa yang dilaluinya majlis itu tidak menyebabkan dia takut atau ngeri.

“Sebaliknya ia memberi kesan positif kepada saya,” katanya. Untuk menjayakan majlis itu, Zeng berbaring kaku dalam keranda berhias bunga selama sejam sambil satu anak patung Hello Kitty diletakkan di atas dadanya.

Di atas Zeng, digantung beberapa lipatan kertas berbentuk burung merpati. Zeng mengupah sekumpulan jurusolek yang mahir menghias mayat bagi membolehkan dirinya benar-benar menyerupai orang mati. Seorang lelaki berpakaian seragam tentera berdiri mengawal ‘mayat’ Zeng ketika rakan dan keluarganya memberi penghormatan terakhir.

Kata Zeng, dia terfikir mengapa orang lain menghabiskan masa dan penat lelah untuk seseorang apabila mereka sudah mati dan tidak lagi dapat menghargainya. “Saya mahu melihat bagaimana orang mengingati saya.

“Justeru, saya mengatur majlis pengebumian sendiri dan ternyata ia menyeronokkan,” katanya. Selepas majlis itu berakhir, Zeng keluar dari keranda dan memberikan ucapan kepada semua yang hadir. “Mengalami kematian membolehkan saya menghargai hidup dengan lebih bermakna.

“Saya benar-benar gembira selepas keluar dari keranda,” katanya.sumber

Monday, April 29, 2013

Nenek Berkahwin Dengan Budak 8 Tahun




Di Afrika Selatan, kanak-kanak lelaki berusia 8 tahun telah dipaksa untuk berkahwin dengan seorang wanita berusia 61 tahun berikutan arahan daripada nenek moyangnya yang telah mati. Perempuan itu adalah rakan keluarga yang rapat dan mengizinkan perkahwinan mereka atas alasan bahawa akan ada hukuman yang ghaib. Tetapi mereka tidak akan hidup bersama,mereka hanya melakukan pekahwinan sementera dan hanya berpisah selepas melakukan ciuman..

Sunday, April 28, 2013

Nenek 75 Thn Ahli Bina Badan



Ernestine "Ernie" Gembala, pada usia 75, adalah seorang jurulatih peribadi, model profesional, bina badan yang berdaya saing.

Pada bulan Mac 2010, di atas pentas di Rome, Italy beliau secara rasmi diberi gelaran ahli bina badan Perempuan Performing Oldest Dunia (oleh Guinness World Records). Bagaimana Ernestine mengubah dirinya daripada seorang wanita pertengahan umur purata untuk diva bina badan? sumber

Saturday, April 27, 2013

Kembar 3 yang jaraknya usia 11 tahun


Ini mungkin peristiwa paling aneh sedunia pernah menimpa ibu yang berasal dari Kota Birmingham, Inggeris, bernama Lisa Sheperd. Dia melahirkan anak kembar tiga, namun bayinya terakhir terpisah jarak 11 tahun dari kedua kakaknya.

Ketiga anak itu bernama Bethany dan Megan lahir pada 1998, sementara di tengah kembar mereka Ryleigh baru muncul di dunia tiga tahun lalu. 

Menurut keterangan doktor yang menangani kelahiran kembar tiga itu, Bethany dan Megan mempunyai embrio kuat hingga boleh bertahan dan lahir tepat pada waktunya. Sedangkan embrio Ryleigh lemah hingga harus dibekukan 11 tahun dan akhirnya dia lahir pada 2010.

Wednesday, April 24, 2013

Hamil selepas berenang di kolam



Awas ! jangan biarkan anak dara anda mandi di kolam renang awam atau di hotel-hotel, dikhuatiri disitu ada banyak sperma-sperma yang tidak berkenaan berkeliaran mencari mangsa, maklumlah kaum lelaki ni tidak mengira tempat untuk melepaskan hajatnya. Tapi kenapa ye ? Baca berita yang benar-benar terjadi berikut :

WARSAW - Seorang wanita Poland bertindak menyaman sebuah hotel di Mesir setelah mendakwa anak gadisnya hamil selepas menggunakan kolam renang di hotel berkenaan, lapor sebuah akhbar.

Wanita itu, Magdalena Kwiatkowska meminta ganti rugi kerana anak perempuannya yang berumur 16 tahun hamil akibat sperma yang berkeliaran dalam kolam renang.

"Ibu remaja itu yakin anaknya tidak mengadakan hubungan seks dengan lelaki ketika berada di Mesir.

"Dia bertekad untuk meneruskan saman tersebut," kata satu sumber industri pelancongan.

Pihak berkuasa pelancongan di Warsaw, Poland mengesahkan menerima aduan ganjil itu. - Agensi

Monday, April 15, 2013

Straw Untuk Hidup


The LifeStraw menyingkirkan sekurang-kurangnya 99,99999% bakteria bawaan air dan boleh menapis sehingga 1000L air.

Di seluruh dunia, kira-kira 884,000,000 orang masih tidak mempunyai akses kepada sumber air yang bersih. Menurut pengeluar LifeStraw, peranti ini tidak mengandungi bahan kimia atau bateri dan membuat ia selamat diminum dari mana-mana sungai, tasik atau lopak.

Saturday, March 23, 2013

Minum 36 Liter Darah Khinzir


Michelle, 29, memberitahu rancangan realiti My Strange Addiction bahawa dia menyukai darah manusia namun untuk memenuhi ketagihan 'dahaga darah' itu, dia meminum 36 liter darah babi dalam seminggu.
 Wanita yang bekerja sebagai pelukis tatu dari California ini sudah terlalu banyak meminum darah babi dan jumlah pengambilannya dalam tempoh 10 tahun ini boleh mengisi penuh sehingga 23 tab mandi.

Michelle turut meminum darah terus dari lengan rakannya, Johnny, seminggu sekali dari mana-mana bahagian dalam masa 30 saat hingga lima minit. Dia juga pernah meminum darah orang lain namun menegaskan ia tidak berbahaya kerana dia hanya akan meminum darah orang terdekat seperti kenalan rapat atau orang-orang yang telah diuji bebas penyakit atau HIV.

Amalan pelik yang akhirnya membuat Michelle ketagih itu bermula kerana tertekan ketika masih remaja dan selepas dia melihat darah mengalir dari lengannya. Jumlah darah yang telah Michelle minum dianggarkan kira-kira 4,500 liter.

Wednesday, March 20, 2013

Wanita Hidup Bahagia Bersama Lima Suami


India – Seorang pengantin perempuan untuk lima pengantin lelaki. Tentu pelikkan? Tambah pelik apabila semua pengantin lelaki adalah adik beradik.

Namun bagi Rajo Verma, 21, ia bukan sesuatu yang pelik malah dia menerima perkara berkenaan dengan tangan terbuka, selaras dengan adat yang diamalkan di tempat tinggalnya.

Dia kini menetap di sebuah rumah yang hanya mempunyai sebuah bilik bersama semua suami itu.
Rajo akan tidur dengan mereka mengikut giliran.

Dia kini mempunyai seorang anak lelaki berusia18 bulan, namun Rajo sendiri tidak mengetahui siapa bapa kepada anak-anaknya itu.

“Pada mulanya saya merasa sedikit pelik namun ia menjadi kebiasaan. Tidak ada pilih kasih terhadap semua suami saya.

“Kami tidak mempunyai katil, hanya selimut yang diletakkan di atas tilam,’’ katanya.
Jelas Rajo, ibunya sendiri mengahwini tiga beradik, justeru dia tahu dia akan mengalami perkara sama apabila dewasa kelak.

“Saya tahu saya terpaksa menerima mereka semua sebagai suami saya,’’ katanya.
Rajo menyifatkan dirinya bertuah kerana mendapat perhatian yang lebih daripada suami-suami, berbanding kebanyakan isteri yang lain.

Dalam pada itu, Guddu, 21, merupakan suami pertama Rajo berkata, mereka semua menjalin hubungan seks dengan Rajo.

“Saya tidak cemburu. Kami semua adalah satu keluarga yang bahagia.’’ katanya.
Mengikut adat di kampung berkenaan, Rajo perlu menjadikan semua adik beradik berkenaan termasuk

Bajju, 32, Sant Ram, 28, Gopal, 26 dan Dinesh, 18, sebagai suami.
Dinesh dikahwininya tahun lepas ketika lelaki itu berusia 18 tahun.

Sementara Bajuu pula berkata dia menganggap Rajo sebagai isterinya dan tidur dengan wanita itu sama seperti adik beradiknya yang lain.

Rajo katanya, memasak dan mengemas rumah selain menjaga anak mereka manakala dia dan adik beradiknya keluar bekerja di Dehradun yang terletak di utara India.mynewshub.my

Wednesday, March 13, 2013

Wanita Ketagih Cecair deodorant Ketiak


Seorang remaja mendedahkan dia mempunyai ketagihan paling pelik di dunia kerana tidak dapat berhenti memakan pewangi ketiak.

Nicole, 19, dari New York berkata, dia suka dengan rasa pewangi itu ketika dia masih bayi tetapi kemudian menjadi ketagih memakannya sejak dua tahun lalu.

Sejak itu, dia sudah memakan secara purata setengah batang bahan itu sehari, sama dengan 15 batang sebulan.

Nicole berkata ketagihannya itu menyebabkan mulutnya kering dan mengalami kekejangan di perut.
Untuk mengatasi masalah itu, dia kadang-kadang menyembur pewangi ke lidahnya. Nicole berkata: “Otak saya memberitahu, ‘kamu perlu memakannya’. “Saya cuba untuk menghentikan tabiat itu selama seminggu, tetapi jatuh sakit dan pening.

“Apabila saya menyedari saya hampir kehabisan pewangi ketiak, saya menjadi panik. Kebimbangan saya semakin bertambah dan saya rasa bagai nak gila.

“Tanpanya, saya mungkin menjadi individu yang berbeza,” katanya. Walaupun pewangi ketiak sebahagian besarnya diperbuat daripada minyak dan lilin, bahan utamanya ialah aluminium yang boleh menyebabkan demensia, serangan secara tiba-tiba, malah juga kematian. Teman lelaki Nicole dan rakannya, Zhakia bimbang dengan kesihatan gadis itu dan akhirnya memujuknya untuk berjumpa doktor yang mengesahkan dia mempertaruhkan keadaan kesihatannya. Sejak itu, dia cuba menghentikan tabiatnya dan memakan kacang badam apabila rasa ketagih, tetapi masih memakan sedikit pewangi ketiak setiap hari.

“Ia sangat lembut kerana cair di dalam mulut saya. Pewangi ketiak memang mempunyai rasa yang unik dan tersendiri,” katanya. – Agensi

Sunday, March 10, 2013

Di Bentuk Dari Darah Manusia



Seorang lelaki India yang dikenali dengan nama Hussaini ini, mempamerkan sebuah karya seni yang dibuat dari darah manusia.

Seni patung kepala J. Jayalalitha, Ketua Menteri negeri Tamil Nadu, itu dibuat dari 11 liter darah manusia yang telah dibekukan. Darah tersebut dikumpulkan dari darahnya sendiri "Hussaini" dan 32 orang muridnya.

Hussaini adalah seorang tukang patung dan guru memanah dari Chennai yang mempunyai idea untuk merayakan ulang tahun J. Jayalalitha yang ke-65.

Hussaini rupanya ingin mengucapkan terima kasih kepada ahli politik tersebut kerana telah menyokong perkembangan sukan memanah di India. Oleh itu,dalam masa 3 bulan, Hussaini menyedut darahnya secara berperingkat.

Kemudian darah itu disimpan,sambil menunggu peluang untuk menggunakannya sebagai media untuk patung. Malangnya, ketika itu Hussaini hanya mempunyai 6,5 liter darah, sedangkan projeknya memerlukan 11 liter.

Mujurlah, 32 murid memanahnya bersedia untuk menyumbangkan 4.5 liter darah tambahan yang diperlukan untuk menyelesaikan projek tersebut.

"Darah merupakan simbol dari keberanian dan pengorbanan Tamil Thaai - ibu dari Tamil. Jadi, ini adalah wujud rasa hormat saya untuk menteri," kata Hussaini kepada New India Express.

Pekara pertama yang dilakukan Hussaini untuk membuat patung darahnya adalah menyiapkan tanah liat. Kemudian menyiapkan cetakan silikon yang diisi dengan campuran tanah liat dan 11 liter darah. Cetakan itu dibekukan pada suhu -27 darjah Celcius, selama dua bulan.

Monday, March 04, 2013

Pemanas Kereta Yang Selalu Rosak Lalu ?



Seorang lelaki bernama Pascal Prokop yang tinggal di bandar Zurich, Switzerland mempunyai banyak masalah berhubung pemanas kereta Volvo 240 model 1990 miliknya yang sering mengalami kerosakkan walaupun sering dibaiki.

Akibat bosan dengan masalah yang dihadapinya, dia menggantikan alat pemanas di dalam keretanya dengan memasang sebuah dapur rumah yang beroperasi dengan membakar kayu. Serombong asap pada dapur tersebut di pasang pada bahagian atas bumbung kereta bagi mengeluarkan asap pembakaran. 

Apa yang mengejutkan, pihak berkuasa Switzerland meluluskan pengubahsuaian tersebut dan memberikannya permit untuk memandu kenderaan berkenaan di jalan raya.

Friday, March 01, 2013

Bayi Yang Dijadikan Hidangan







Jangan terkejut melihat gambar-gambar diatas , ini adalah makanan yang paling hot disana , mayat bayi diperolehi daripada rumah mayat dengan harga sekitar $ 50 hingga 70 $ , mungkin kerana permintaan yang tinggi disana. Bolehkah kita melabelkan diorang ni sabagai cannibal , Yurkkkkk.