Monday, May 04, 2009

Info Sains - Daun Kari Kaya Khasiat

Mempunyai khasiat yang pelbagai walaupun sekadar digunakan sebagai penambah haruman dalam masakan.

Tumbuhan renek ini berasal dari keluarga 'RUTACEAE' dan daripada spesis 'MURRAYA KOENIGGI', mengeluarkan daun-daun kecil berwarna hijau.

Daun kari ini biasanya digunakan dalam menambahkan keharuman masakan dan masyarakat India merupakan penguna terbanyak daun ini.

Manfaatnya pada tubuh ialah;

* membantu mengatasi masalah-masalah haid dan gonorea,
* menghilangkan rasa loya dan pening-pening lalat bagi wanita yang mengandung.
* menyembuhkan penyakit cirit-birit dan masalah najis berdarah.
* Selain itu, daun ini juga baik untuk peredaran darah dan boleh bertindak sebagai sedatif.

No comments:

Post a Comment