Tuesday, May 19, 2009

Petua Tradisional

AYAM TIDAK HANYIR LAGI - Mereka yang gemar makan ayam, pasti tahu cara menghilangkan hanyir. Ayam dipotong dan dibersihkan, diperap beberapa minit dengan garam, asam jawa dan sedikit tepung gandum. Kemudian cuci bersih. Bubuh garam dan kunyit seperti biasa atau ramuan mengikit selera. Hasilnya ayam bertambah garing dan lazat.
TOMATO DAN EPAL LICINKAN KULIT - Bagi anda yang kulit berminyak dan berjerawat serta berparut pada muka, cubalah petua mudah ini: Parut epal atai tomato yang cukup masak untuk dijadikan pembersih kemudian gosokkan perlahan-lahan pada wajah dan leher. Kandungan gelatin pada tomato boleh menghilangkan kehitaman dan parut yang baru dan muda. Biarkan 20 minit. Selepas itu, cuci dengan air suam. Lakukan berulang kali dan anda akan dapati hasilnya memuaskan.

No comments:

Post a Comment