Thursday, August 20, 2009

8 Perkara Lelaki Tidak Suka


Terdapat sembilan perkara yang perlu dielakkan bagi memastikan hubungan kasih dan sayang anda terhadap teman lelaki anda bahagia sepanjang masa. Apakah perkara tersebut?

JANGAN CERITA TENTANG LELAKI LAIN

1- Jika terdapat seorang lelaki yang dalam diam-diam meminati atau menyukai anda di tempat kerja atau di bilik kuliah. Jangan sesekali menceritakan hal tersebut kepada si dia. Ini kerana berita tersebut bakal membuatkan si dia berasa tercabar dan cemburu.

ELAKKAN MENGUTUK ATAU MEMBENCI IBUNYA

2- Walaupun anda kurang senang dengan sikap ibunya, simpan sahaja perasaan itu dalam hati. Elakkan meluahkannya kepada si dia kerana ini akan menyebabkannya kurang senang dengan pendapat anda. Jika si dia pula menceritakan tentang keburukan ibunya, jangan menambah atau bersetuju dengan ceritanya. Anda dinasihatkan supaya mendiamkan diri atau mendiamkan diri atau memberi nasihat kepadanya agar bersabar dan memberi komen secara positif.

HAL KECURANGAN ANDA

3- Elakkan daripada menceritakan kecurangan yang pernah anda lakukan ketika memadu kasih bersama pasangan anda sebelum ini. Jika anda berbangga menceritakan kecurangan berkenaan, ia akan meruntuhkan kepercayaan si dia terhadap diri anda. Juga jangan memanjangkan cerita kecurangan si dia terhadap pasangannya dahulu terhadap anda.

JANGAN MEMPERSENDAKAN KEKUATAN DAN KEMATANGANNYA

4- Setiap manusia akan mengalami penambahan usia. Oleh itu, anda disarankan supaya tidak membandingkan kekuatan dan kematangannya ketika di usia muda. Jika difikirkan secara logik kekuatan dan kematangan ketika muda berbeza apabila usia kita menganjak dewasa yang pastinya akan mengalami penurunan.

MENCERITAKAN PERIHAL PASANGAN LAIN

5- Jangan menceritakan tentang sahabat atau kenalan anda curang terhadap suaminya. Si dia akan berfikir dan berpendapat bahawa anda juga akan bertindak demikian. Dia juga mungkin meragui kesetiaan anda ataupun mengongkong anda daripada bergaul bebas dengan rakan-rakan yang lain. Ini kerana lelaki biasanya sentiasa bimbang tentang status perhubungan anda berdua.

MEMATAHKAN SEMANGATNYA

6- Di tempat kerja atau dikolej dan di mana sahaja. Kita pasti tidak boleh lari daripada tekanan. Justeru, jika si dia mengeluh tentang bos, rakan sekerja atau rakan sekuliah yang bermasalah, anda disarankan sentiasa berdiri di pihaknya dan perlu menyokong serta membantu dia mencari jalan penyelesaian. Jangan terlalu mencampuri masalah tersebut. Cukup sekadar mendengn dan memberi pendapat. Dikhuatiri akan memudaratkan sekiranya anda cuba masuk campur secara berlebihan.

JANGAN TERLALU MEMBANGGA DIRI

7- Jika anda mempunyai pendapatan yang lebih besar darinya, jangan membangkitkan hal tersebut, apatah lagi menjadikan ia sebagai punca masalah sekiranya berlaku masalah kegawatan ekonomi rumah tangga.

JANGAN LEBIHKAN DAN TERLALU MEMUJI LELAKI LAIN

8- Kehidupan anda bertukar gembira apabila bertemu dengan teman lama atau ada teman yang pernah menambat hati anda. Jangan sesekali menceritakan hal tersebut kepada pasangan anda. Biarkan hal itu berlalu dan menikmati sendiri tanpa melampaui batasan tatasusila. Yang penting, anda tidak merosakkan hubungan dengan pasangan hanya dengan keseronokan sementara.

No comments:

Post a Comment