Wednesday, November 18, 2009

Untuk Bakal Ibu & Bakal Bapa


1. Penyusuan pertama seelok-eloknya dilakukan selepas bayi dilahirkan untuk merangsang penghasilan dan pengaliran susu yang baik... ( 1st day lepas anak aku lahir aku lakukan ini)

2. Sebelum menyusukan bayi, ibu haruslah melembutkan payu dara dengan meletakkan tuala hanggat pada payu dara selama beberapa minit.

3. Susu badan mengadungi 87.5 peratus air. Oleh itu banyakkan minum air sekurang-kurangnya enam hingga lapan gelas sehari

4. SEMAKIN KERAP IBU MENYUSUKAN BAYINYA SEMAKIN BANYAK SUSU DIHASILKAN.

5. Ibu yang menyusukan bayinya secara eksklusif akan kerap lapar.

6. Sepanjang tempoh menyusu, bayi akan makan apa saja makanan yang dimakan oleh ibunya. Oleh itu, ibu haruslah mengawasi pengambilan kafeina( ini yang aku tak tahan ni.. slurrrpp.. sedapnya mocha blended..) alkohol( tak amik.. selamat dunia akhirat), nikotin( pun tak merokok..) dan gula.. kerana bahan-bahan tersebut mudah meresap ke dalam susu ibu dan akan emberikan kesan buruk pada bayi.

7. Ibu-ibu digalakkan kerap menyusukan bayinya pada waktu malam kerana ketika itu hormon prolaktin akan dikeluarkan pada tahap yang paling tinggi.

8. Ibu yang menyusukan bayinya dinasihatkan agar berhati-hati semasa mencuci payu dara. Elakkan daripada menyapu sabun pada bahagian aerola dan puting bagi mengelakkan kekeringan pada bahagian tersebut.

9. Mencuci payu dara dengan air suam adalah yang terbaik.

10. Payu dara yang penuh dan tidak diperah akan menyebabkan bengkak dan rasa tidak selesa.

11. Ibu yang menyusukan bayi tidak boleh mengambil ubat-ubatan tanpa mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu. Ini termasuklah pengambilan pil perancang.

12. Bayi yang minum susu ibu secara eksklusif jarang diserang penyakit kerana susu ibu mengandungi antibodi yang berupaya melawan pelbagai jenis penyakit.

13. Vitamin A, B kompleks, C, K, niasin dan asid folik adalah vitamin penting yang perlu ditingkatkan pengambilannya semasa menyusukan bayi.

14. Susu ibu lebih mudah dihadamkan berbanding susu formula. Ini bermakna khasiat yang terkandung di dalamnya akan kerap

15. Menyusukan bayi dengan susu badan akan membantu tubuh ibu kembali ke bentuk asal dengan cepat.(hehehehehehehhehehe terbukti.. aku tgh berusaha ke arah itu.)

16. susu ibu berupaya meningkatkan perkembangan otak dan kognitif bayi.

17. Hormon oxytocin yang terkandung dalam susu ibu membantu mengecutkan rahim.. ( ni pon masa aku 44 hari rahin kau dah kecut dah kata mak bidan yang urut aku tu... )

18. 80 % sel dalam susu ibu terdiri daripada ’makrofaj’. Sel tersebut berfungsi untuk membunuh bakteria, fungus dan virus.

19. Menyusukan bayi dengan susu ibu dapat mengurangkan risiko obesiti dikalangan kanak-kanak.

20. Susu ibu menyediakan nisbah kandungan lemak, karbohirat dan protein yang tepat untuk keperluan bayi mengikut tahap umur mereka.

No comments:

Post a Comment