Wednesday, June 16, 2010

Crocs oooh Crocs.....



Kasut crocs yang menjadi trend di Malaysia kini kerana ianya mudah dipakai dan selesa. Malah kat KISAS sendiri ia sudah mula menjadi trend.Di mana-mana orang menjual kasut crocs ni, di pasaraya, di pasar malam malah di tepi-tepi jalan. Ada jer canopy segera dipasang untuk menjual kasut crocs.

Kalau dah di pasar malam tu terang-teranglah ia adalah kasut crocs tiruan. Berhati-hati membeli kasut crocs tiruan ini kerana saya mendapat email berkenaan lambang crocs tiruan ini yang ada iras-iras kalimah Allah. Mungkin orang kata saya ni terlalu sensitif, takpelah bab-bab agama ni kita memang perlu sensitif terutama ianya akan dijadikan alas kaki.

Jadi Berhati-Hatilah Ketika Membeli...

No comments:

Post a Comment