Wednesday, March 14, 2012

Tips Jimat Aircond


Sedarkah anda bahawa alat penghawa dingin ialah antara penyumbang terbesar penggunaan elektrik bulanan anda?

Ya. memang benar kerana ia diakui oleh Suruhanjaya Tenaga di dalam laporannya bahawa 50-60% penyumbang besar penggunaan elektrik ialah penghawa dingin.

Walaupun dari segi peratusan,mengikut kajian bahawa penggunaan peti sejuk adalah pengguna terbesar elektrik namun kadar cajnya tidaklah besar berbanding penghawa dingin.

Adalah dianggarkan bagi sebuah penghawa dingin, anda perlu membayar
sebanyak purata RM1.40sen sehari. Jika sebulan dah berapa yer?

Belum lagi dikira penggunaan alat-alat elektrik yang lain.

Oleh itu, adalah penting bahawa penggunaan hawa dingin perlu diguna secara optima bagi mengurangkan pembaziran dan meningkatkan lagi penjimatan bil bulanan anda.

Antara caranya ialah menetapkan suhu antara 23C ke 26C untuk suhu yang selesa. Menukarkan suhu yang terlalu sejuk iaitu 20C kepada 24C boleh menjimatkan tenaga sehingga 33%.

No comments:

Post a Comment