1. Sekerat lobak kelihatan seperti mata manusia, pupil, iris dan garis kelilingnya kelihatan seperti mata manusia dan kajian sains sekarang membuktikan bahawa khasiat dari lobak merah dapat meningkatkan aliran darah ke dalam mata dan menjadikan fungsi mata bertambah baik lagi.

2. Di dalam sebiji Tomato mempunyai empat ruang dan berwarna merah. Jantung berwarna merah dan mempunyai empat ruang juga. Dan kajian menunjukkan Khasiat tomato salah satunya adalah baik untuk fungsi jantung dan bagus untuk darah.

3. Segugus anggur kelihatannya berbentuk seperti jantung. Setiap biji anggur kelihatan seperti sel darah dan semua kajian menunjukkan hari ini bahawa buah anggur juga baik dalam menjaga fungsi jantung dan baik bagi darah.

4. Kacang walnut kelihatan seperti otak kecil, bahagian otak kiri dan kanan, cerebrum atas dan cerebrum bawah. Bahkan kerutan atau lipatan pada kacang walnut kelihatan seperti korteks-neo. Kita sekarang tahu bahawa kacang walnut dapat membantu mengembangkan lebih dari 3 dozen pemancar neuron dan baik untuk fungsi otak.

5. Kacang merah sebenarnya menyembuhkan dan membantu menjaga fungsi buah pinggang dan ya, mereka kelihatannya seperti buah pinggang manusia.

6. Daun saderi, Bok Choy, Rhubarb kelihatannya seperti tulang. Makanan ini khusus untuk menguatkan tulang. Tulang adalah 23% natrium dan sayuran ini juga terdiri dari 23% natrium. Jika anda tidak mempunyai cukup natrium dalam diet seharian, tulang anda akan menjadi lemah. Makanan ini dapat mengisi keperluan kerangka dalam tubuh badan anda.

7. Terung, avokado dan Pir memfokus pada kesihatan dan fungsi rahim dan pangkal rahim wanita dan kelihatan seperti organ-organ ini. Kajian menunjukkan bahawa wanita yang makan sebiji avokado dalam seminggu dapat menyeimbangkan hormon serta mencegah berat badan yang berlebihan ketika mengandung dan mencegah kanser pangkal rahim.

8. Buah ara penuh dengan biji benih dan bergantung berpasangan ketika mereka tumbuh. Buah Ara meningkatkan motility sperma laki-laki dan meningkatkan jumlah sperma yang berkembang untuk mengatasi kemandulan lelaki.

9. Keledek kelihatan seperti pankreas dan dapat menyeimbangkan indeks glisemik pesakit diabetes.

10. Buah zaitun membantu memberi kesihatan dan fungsi ovari.

11. lemon dan pelbagai buah-buahan citrus lain kelihatan seperti kelenjar susu wanita dan dapat membantu memberi kesihatan payudara dan gerakan masuk dan keluar limfa dari payudara.

12. Bawang kelihatan seperti sel-sel tubuh. Kajian dewasa ini menunjukkan bahawa bawang dapat membantu menghilangkan bahan-bahan sisa dari semua sel-sel tubuh, bahkan dapat menghasilkan air mata yang banyak bagi tujuan mencuci lapisan epitel mata.

No comments:
Post a Comment