
G6PD merupakan sejenis enzim keturunan yang terdapat di dalam sel darah merah manusia. Kekurangan enzim ini boleh memusnahkan sel darah merah apabila terdedah kepada jangkitan, ubatan tertentu ataupun makanan.Di anggarkan 1-3 % bayi yang baru di lahirkan di kesan mengidap penyakit GDPD.
Ia sebenarnya bukanlah suatu penyakit tetapi merupakan fenomena keturunan yang melibatkan kedua-dua jantina terutama lagi jantina lelaki. Ibu bapa yang berasal dari negara negara Asia Tenggara , mediteranean , Afrika juga negara yang terdedah kepada penyakit malaria sering mengalami masalah ini.
Keadaan bayi boleh di kesan melalui ujian darah sebaik sahaja bayi di lahirkan. Bayi yang di kesan menghidapi penyakit ini akan di tahan di hospital selama beberapa hari untuk pengawasan doktor.Antara akibat kemusnahan sel darah merah ini ialah jaundice atau penyakit kuning kerana kekurangan enzim di dalam sel darah merah menghasikan kandungan bilirubin yang tinggi.
Bayi juga berisiko dengan kerosakan otak jika sel darah merah yang pecah terlalu banyak. Bayi akan penat , sesak nafas dan pucat dengan tiba-tiba. Bagaimana penyakit ini terjadi antaranya di sebakan oleh jangkitan bakteria, memakan kacang parang jenis ‘fava beans ‘ atau ubatan-ubatan yang boleh meningkatkan proses oksidasi juga ada kaitan dengan penggunaan ubat serangga seperti ubat gegat.
Pengambilan air kosong yang terlalu banyak jika anda dalam keadaan tidak memerlukan air kosong dalam kuantiti yang sepatutnya juga patut di elakkan. Contohnya seperti anda tidak dalam keadaan bersenam, tidak kehausan dan tidak berada dalam keadaan kekeringan akibat pengambilan kadar gula yang tinggi .
Banyak ubat-ubatan dan pemakanan yang tidak boleh di ambil oleh mereka yang mengalami masalah G6PD. Jika anak anda menghidapi penyakit ini, sila beritahu doktor yang merawat mereka setiap kali mendapat rawatan supaya doktor yang bertugas dapat memberikan ubatan yang sesuai .
Bagi ibu yang bersalin dan bercadang untuk mengambil penggunaan herba adalah di nasihatkan untuk tidak mengambilnya kerana ia boleh meningkatkan kandungan bilirubin. Peningkatan kekurangan enzim G6PD boleh menyebabkan penyakit jaundice dan merumitkan proses pemulihan penyakit kuning itu nanti.
No comments:
Post a Comment