Sunday, January 22, 2012

Info G6pd !


  • APAKAH YANG TERKANDUNG DI DALAM KACANG PARANG SEHINGGA IA DIKENALI SEBAGAI MAKANAN ‘PEMBUNUH’ ?

    Keseluruhan bahagian tumbuhan ini mengandungi sejenis bahan kimia dikenali sebagai‘levedopa’.Levedopa menyekat kuantiti oksigen daripada menyerap masuk ke dalam sel darah merah.

    Kuantiti levedopa dalam kacang parang berbeza bergantung kepada beberapa faktor seperti lokasi tumbuh,kandungan tanah di lokasi ia tumbuh,jumlah hujan yang turun pada satu tempoh.Kacang parang muda lebih tinggi kandungan levedopanya berbanding kacang parang matang.

    Kira-kira 84gm /setengah cawan kacang parang segar mengandungi lebih kurang 50mg hingga 100mg levedopa. Paling menarik,sarung kekacangnya mencatat kandungan tertinggi levedopa berbanding bahagian lainnya.

    SIMPTOM-SIMPTOM G6PD

    Akibat kegagalan kemasukan oksigen ke seluruh anggota tubuh secara efektif,maka akan berlaku gejala -gejala berikut:

    Sakit atau pening kepala
    Kesukaran bernafas
    Degupan jantung yang kencang
    Nadi berdenyut pantas
    Kenaikan suhu badan mendadak
    Kulit & membran mukus menjadi kekuningan
    Pernafasan menjadi lebih pantas
    Kesihatan mulai merosot,badan menjadi lemah
    Air kencing bertukar menjadi kuning gelap.


    No comments:

    Post a Comment