


Jalan ini dibina pada tahun 1930an semasa Perang Chaco oleh tahanan Paraguay. Ianya merupakan salah satu daripada beberapa laluan yang menghubungkan daerah hutan hujan Amazon di bahagian utara Bolivia, atau Yungas, ke ibukota.
Pada 24 Julai 1983, sebuah bas yang sarat dengan penumpang terbabas dari Jalan Yungas dan jatuh ke jurang, mengorbankankan lebih dari 100 penumpang dalam apa yang dikatakan sebagai kemalangan jalanraya terburuk Bolivia.
Disebabkan jurang sejauh sekurang-kurangnya 600 meter ke bawah, laluan satu lorong - sebahagian jalan tidak memebihi 3.2 meter (10 kaki) luas dan kurangnya rel penghadang, jalan ini sangat berbahaya. Ditambah dengan hujan, kabus dan debu yang boleh membuat jarak penglihatan terbatas. Kebanyakkan permukaan jalan berlumpur dan boleh runtuh pada bila-bila masa.
Jalan merbahaya ini ironiknya menjadi destinasi pelancongan yang popular mulai tahun 1990an, menarik sekitar 25,000 orang untuk melakukan aktiviti lasak dan berbasikal.
Kerajaan Bolivia cuba untuk meningkatkan keselamatan di jalan berkenaan, tetapi pembangunan di kawasan ekstrim seperti ini terlalu mahal dan lambat. Bahagian utara jalan asal telah digantikan oleh laluan alternatif dengan jalan moden yang lebih selamat dengan jalan raya dua lorong.
No comments:
Post a Comment