Thursday, April 05, 2012

Tip Jadi Kaya !


1. Mereka yang kaya percaya mereka boleh menjadi kaya.

Jika anda ragu-ragu dengan kemampuan menjadi kaya, ambil mana-mana majalah perniagaan dan lihat laporan mengenai kejayaan yang dicapai ramai ahli perniagaan.

Jangan fikir anda tidak mempunyai bakat seperti mereka. Sebaliknya cari jalan bagaimana mendapatkan kemahiran itu. Percayalah, jika anda sendiri tidak yakin bahawa anda boleh menjadi kaya, anda tidak akan berpeluang merasainya.

2. Mereka yang kaya meluangkan masa dan tenaga untuk belajar mengenai wang.

Biarpun terlalu menginginkan wang mereka menokok. ramai yang tidak meluangkan masa belajar dan memahirkan diri mengenai kaedah menjana wang. Sedangkan orang kaya sering meluangkan masa dan berusaha 'melebatkan' wang.

3. Mereka yang kaya mendapatkan nasihat kewangan betul

Antara rahsia penting golongan hartawan ialah mereka tidak bergantung sepenuhnya kepada institusi kewangan untuk mendapatkan nasihat. Ini kerana kebanyakan daripada institusi terbabit hanya mahu menjual produk dan perkhidmatan yang menguntungkan mereka saja. Golongan kaya akan mendapatkan khidmat nasihat dari pihak profesional dan berkecuali dalam menguruskan kewangan mereka.

4. Mereka yang kaya bijak mengaplikasikan teknik menjana kekayaan

Untuk mengaplikasi teknik menjana kekayaan bukan mudah. Ia memerlukan perubahan tabiat, kebiasaan dan keselesaan yang tidak memberikan keuntungan. Jika ingin berjaya, anda mesti bersedia untuk mengubah amalan tidak produktif anda selama ini.

5. Mereka yang kaya tahu bahawa mereka ingin menjadi kaya.

Istilah 'kebebasan kewangan' sememangnya sukar untuk memotivasikan diri. Tapi bagi golongan kaya, mereka tahu bagaimana kebebasan kewangan memberi manfaat kepada mereka. Misalnya, peluang menghabiskan lebih masa bersama keluarga, melancong dan sebagainya. Pendek kata, mereka tahu mengapa mereka perlu menjadi kaya.

Legasi Jutawan Malaysia

  • Bilangan hartawan Melayu dalam senarai `40 Individu Paling Kaya di Malaysia Forbes Asia' bagi tahun ini meningkat kepada sembilan berbanding lapan tahun lalu dengan nilai aset terkumpul mereka mencecah AS$2.603 bilion (RM9.132 bilion).

  • Nilai aset terkumpul itu bagaimanapun 28.88 peratus lebih rendah berbanding AS$3.65 bilion (RM12.84 bilion) tahun lalu dan hanya mewakili 7.15 peratus kekayaan terkumpul semua individu dalam senarai 40 orang paling kaya Malaysia itu yang berjumlah AS$36.41 bilion (RM127.74 bilion).

  • Usahawan terkemuka, Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary dan Pengerusi Kumpulan AmBank, Tan Sri Azman Hashim terus mengekalkan kedudukan masing-masing sebagai orang Melayu paling kaya dan kedua paling kaya tahun ini.

  • Turut mengekalkan kedudukan adalah Pengerusi Eksekutif Kencana Petroleum Bhd, Datuk Mokhzani Mahathir pada tempat ke-3 dan Timbalan Ketua Eksekutif AirAsia Bhd, Datuk Kamarudin Meranun tempat ke-4.

  • Syed Mokhtar mempunyai kekayaan AS$1.1 bilion (RM3.86 bilion), manakala Azman AS$470 juta (RM1.65 bilion).

  • Walaupun kekayaan Syed Mokhtar dan Azman masing-masing susut daripada AS$1.8 bilion (RM6.32 bilion) dan AS$700 juta (RM2.46 bilion) tahun lalu, mereka mengekalkan kedudukan di tempat ke-8 dan ke-11 dalam senarai `40 Individu Paling Kaya di Malaysia' tahun ini.

  • Mokhzani dan Kamarudin pula masing-masing memperbaiki kedudukan dari tempat ke-20 dan ke-21 tahun lalu kepada ke-16 dan ke-19 tahun ini.

  • Peningkatan itu di sebalik penurunan nilai kekayaan masing-masing daripada AS$290 juta (RM1.02 bilion) kepada AS$215 juta (RM754.29 juta) dan AS$280 juta (RM982.34 juta) kepada AS$205 juta (RM719.21 juta) tahun ini.

  • Tiga hartawan Melayu baru yang memasuki senarai tahun ini ialah Pengerusi Eksekutif Puncak Niaga Holding Bhd, Tan Sri Rozali Ismail pada tangga ke-31; Pengerusi Hard Rock Cafe Enterprise Malaysia, Tan Sri Syed Yusof Syed Nasir di tangga ke-37 dan Ketua Eksekutif Ranhill Bhd, Tan Sri Hamdan Mohamad di tangga ke-38.

  • Nilai aset ketiga-tiga individu itu masing-masing berjumlah AS$130 juta (RM456.08 juta), AS$100 juta (RM350.83 juta) dan AS$98 juta (RM343.82 juta).
  • No comments:

    Post a Comment