Seorang lelaki di China berkahwin dengan dirinya sendiri dengan alasan untuk mengekspresikan kekecewaan atas kenyataan hidupnya.
Liu Ye, 39 tahun, berasal dari Zhuhai City berkahwin dengan replika dirinya yang dibuat daripada styrofoam yang lengkap disolek dan dikenakan pakaian pengantin wanita.
"Banyak alasan mengapa saya melakukan itu, tapi alasan yang utama adalah untuk menunjukkan kekecewaan saya atas kenyataan hidup," ujarnya.
"Perkahwinan ini membuat saya merasa menjadi lebih hidup kerana definisi perkahwinan ini berbeza dengan orang lain pada umumnya," tambahnya.
Upacara perkahwinannya dilakukan dengan mengamalkan adat tradisional China, yang dihadiri lebih dari 100 tetamu.

No comments:
Post a Comment