Monday, October 13, 2014


Hibiscus rosa sinensis atau nama tempatannya Bunga Raya dan ia merupakan Bunga Kebangsaan Malaysia.

Khasiat Bunga Raya

1) Lendir daun bunga raya (daun diramas dengan mencampurkan sedikit air) boleh melebatkan dan menghitamkan rambut. Hanya perlu sapu lendiri itu pada rambut, biarkan seketika dan kemudian basuh seperti biasa. Cara ini juga dapat menyejukkan kulit kepala.

Selain itu daun bunga raya boleh mengatasi masalah rambut gugur. Caranya ialah bersihkan daun bunga raya terlebih dahulu dan ramas daun bunga raya di dalam baldi sehingga keluar air yang kehijauan. Basuh rambut menggunakan air tersebut selama beberapa minit dan kemudian bolehlah dibilas.Amalkan untuk beberapa ketika untuk melihat hasilnya.

2) Lendir daun bunga raya juga elok untuk menurunkan suhu badan untuk orang yang tengah demam.

Sebenarnya, pokok bunga raya ini banyak khasiatnya terutamanya dari spesis bunga raya putih. Daun bunga raya putih boleh menyejukkan suhu badan. Caranya ialah dengan merendam daunnya di dalam air. Ramas daun berkenaan sehingga ia mengeluarkan lendir. Kemudian rendam tuala kecil di dalam air daun bunga raya putih yang telah diramas itu. Ambil sisa daun bunga raya yang ada di tuala kecil tersebut dan pupukkan di dahi pesakit yang demam.Insyallah suhu akan menurun dan ia juga dapat melegakan suhu panas di dalam badan kita.

3) Daun bunga raya boleh juga digunakan untuk merawat bisul, luka atau kegatalan pada kulit

4) Bunga raya yang telah direbus boleh digunakan untuk melegakan batuk dan selesema.

5) Bunga raya juga boleh dijadikan pewarna yang boleh digunakan untuk membuat biskut dan kek.

Kajian dan penyelidikan telah dibuat dan mendapati bahawa ekstrak dari bunga raya baik untuk kesihatan kita. Ini adalah kerana bunga raya mempunyai antioksidan yang dapat mengawal tahap kolestrol di dalam badan kita.

No comments:

Post a Comment