Saturday, July 16, 2011

Banyaknya Khasiat Timun !


Timun dulu terkenal di kalangan masyarakat Yunani dan Rom dan pakar perubatan Arab sebelum ia turut mendapat perhatian sebagai makanan kesihatan pada abad ke-18

Tumbuhan timun mengandungi banyak air iaitu kira-kira 96 peratus yang secara semula jadinya di suling, justeru ia dikatakan lebih baik daripada air biasa.

1. Usah dikupas kulit timun kerana kulitnya itu mengandungi peratusan vitamin A yang tinggi. selain itu, ia terdiri daripada bahan galian yang membentuk bahan beralkali serta sumber khasiat yang baik termasuk vitamin C dan A (antioksida), folat, mangan, kalium dan sulfur.

2. Garam alkali di dalam jus timun membantu dari segi peredaran pH darah tubuh kita, sekaligus meneutralkan keasidan tubuh. Jus berkenaan juga baik untuk membantu mereka yang mengalami Gastrik.

3. Pada hari panas, segelas jus timun ditambah dengan saderi memang elok untuk membantu menjadikan suhu tubuh kembali normal, lantas, ia sesuai di minum ketika demam.

4. Jus timus bersifat diuretik yang menggalakkan kita membuang air. ini sebenarnya membantu dari segi pencairan atau pelarutan batu karang.

5. Sesetengah masyarakat menyifatkan timun terlalu sejuk, justeru ia tidak sesuai untuk mereka yang mengalami masalah "reumatisme". tetapi tumbuhan itu membantu untuk menangani asid urik yang menyebabkan masalah radang pada sendi. Timun boleh membantu kerja pembersihannya pada bahagian sendi, sekaligus menyingkirkan asid urik. ini bermakna, ia turut membantu masalah radang lain seperti arthritis, asma dan gout.

6. Dalam kalangan pengamal kecantikan, timun sering digunakan dibahagian mata kerana asid dalam tumbuhan itu membantu untuk mencegah air yang membendung khususnya di bawah mata, sekali gus membantu mengurangkan mata sembab dan bengkak.

Hanya hiris timun dan letakkannya pada mata sambil berbaring selama 10 minit.

Untuk pilihan timun yang baik, seelaoknya gunakan timun yang ditanam secara organik. Untuk timun bukan organik, pastikan ia dibasuh menggunakan air yang mengalir dan gosok perlahan-lahan sebelum dimakan.

2 comments:

  1. Timun ini ternyata banyak sekali manfaat untuk kebugaran tubuh kita.

    ReplyDelete
  2. dah try pun sedap oooo.. nyum nyum nyum :D

    ReplyDelete