Sunday, October 02, 2011

Dunia, Penduduk Dan Air


Air merupakan asas kehidupan. Tanpa air, kehidupan tidak akan wujud. Dengan jumlah penduduk dunia yang terus meningkat, masalah bekalan air menjadi semakin serius.

Meskipun 70% dari bumi diliputi air, hanya 0.5% daripadanya merupakan air yang dikenali sebagai "Fresh Accessible" yang boleh digunakan untuk kegunaan harian sementara terdapat 2.5% air bersih daripada "Frozen Fresh", selebihnya, 97% adalah air masin.

Sejak kebelakangan ini, isu semada sesebuah negara boleh membekalkan air bersih secara berterusan untuk menampung pelbagai aktiviti kritikal negara tersebut mula hebat dibincangkan. Isu air dikenalpasti sebagai Indeks Resiko Sekuriti Air (Water Security Risk Index).

Meskipun Indeks ini pada asalnya dibangunkan sebagai sumber maklumat bagi syarikat antarabangsa untuk membuat keputusan berkaitan perniagaan mereka, ternyata indeks ini juga memberi gambaran situasi bekalan air dunia yang semakin meruncing.

Kajian yang dilakukan oleh sebuah firma perundingan di Amerika Syarikat, Maplecroft mendapati bahawa 10 negara diletakan dalam kategori "Resiko Terlampau" (Eztreme Risk) adalah -

1. Somalia
2. Mauritania
3. Sudan
4. Niger
5. Iraq
6. Uzbekistan
7. Pakistan
8. Mesir
9. Turkmenistan dan
10. Syria

Secara umumnya negara-negara tersebut sedang menghadapi masalah air yang terbatas seprti sungai, tasik dan air bawah tanah. Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), terdapat lebih dari 250 sungai yang dikongsi di antara beberapa negara di dunia.

Di Asia, isu itu melibatkan pembinaan empangan di sungai yang dikongsi bersama oleh beberapa negara telah lama diperdebatkan sepeti:

Pertelagahan India dan Pakistan bagi empangan sungai Indus, pertelagahan China, India, Nepal dan Bangladesh bagi air sungai pergunungan Himalaya, pertelagahan Uzbekistan, Kazakhstan, Kyrgzstan dan Tajikistan bagi sungai Amu Daria dan Syr Daria serta lautan Aral yang sudah semakin cetek, serta pertelagahan Baghdad yang menuntut agar Syria berhenti mengepam air dari sungai Tigris dibahagian Iraq.

PBB menganggarkan bahawa pada tahun 2025, satu pertiga dari penduduk dunia akan tinggal di negara-negara yang menghadapi masalah kekurangan air.

Hari ini terdapat 450 juta orang di 29 buah negara sedang meghadapi masalah ini ! Lebih memburukan keadaan, perubahan cuaca global juga akan meningkatkan tekanan ke atas keperluan sumber air untuk pelbagai aktiviti manusia. Ini tidak termasuk lagi masalah pencemaran air !

Lima belah tahun yang lalu, Naib Presiden Bank Dunia, Ismail Serageldin, telah meramalkan bahawa peperangan pada abad 21 adalah peperangan kerana sumber air dan minyak !


No comments:

Post a Comment