Monday, October 03, 2011

Dunia, Penduduk Dan Makanan


Pada masa kini terdapat lebih dari 800 juta hektar tanah di seluruh dunia digunakan untuk pertanian. Ekosistem yang dahulunya bersifat semulajadi kini telah diubah kepada ekosistem pertanian untuk menghasilkan makanan bagi memenuhi keperluan manusia.

Penduduk dunia dianggarkan bertambah dari 7 billion kepada 9 billion pada tahun 2050. Dianggarkan 60% daripada penduduk dunia akan tinggal di bandar.

Di Malaysia, penduduk dianggarkan berjumlah 29 juta orang pada tahun 2010. Dari 33 juta hektar tanah hanya 24% adalah kawasan pertanian yang kebanyakannya ditanam dengan kelapa sawit dan getah.

Pertambahan kawasan pertanian untuk makanan amatlah terhad. Sebagai contoh, kawasan tanaman padi sejak satu dekad yang lalu adalah 500 ribu hektar dan tidak bertambah hingga kini, malahan semakin menurun disebabkan pembangunan.

Mengikut ramalan ahli agronomi, penggunaan teknologi pertanian terkini dianggarkan memerlukan kawasan pertanian seluas negara Brazil untuk menyara penduduk dunia !.

Industri pertanian terdedah kepada pelbagai jenis bencana alam yang boleh menjejaskan hasil pertanian. Pada bulan Ogos 2010, di Pakistan, telah terjadi bencana banjir yang terburuk dalam sejarah negara tersebut yang telah mangakibatkan kemusnahan kawasan seluas negara England !.

Pakar pemakanan dunia berpendapat bahawa, penduduk dunia akan mengalami kenaikan harga barangan makanan dunia secara drastik seiring dengan kenaikan permintaan terhadap petrol dan gas dalam 2 hingga 5 tahun akan datang.

No comments:

Post a Comment