Monday, October 10, 2011

Tips pemilih jeans


Elakkan memilih jeans yang mempunyai poket yang agak ke bawah pada bahagian belakang punggungnya. Ini kerana ia akan membuatkan punggung gadis yang memakainya lebih lebar. Apabila kamu memakai jeans yang berpoket tinggi, ia akan mengalihkan pandangan mata orang lain daripada bahagian tersebut. Pilih jeans yang mempunyai poket belakang yang agak rapat kerana ia akan membuatkan peha kamu kelihatan lebih slim. Ramai yang beranggapan bahawa jeans berbentuk baggy boleh menyembunyikan punggung kamu kelihatan lebih kecil, namun hakikatnya tidak. Ia membuatkan punggung kamu kelihatan lebih lebar. Jeans berpotongan lurus boleh membuatkan kaki kamu kelihatan lebih panjang dan ini membuatkan kamu kelihatan lebih slim.

No comments:

Post a Comment