Saturday, December 17, 2011

Ciri-Ciri Orang Yang Kaki Kipas !


1. Individu ini adalah orang yang lemah personaliti dan tidak cukup kekuatan diri.

2. Individu yang lemah iman dan agama. Si kaki kipas biasanya tidak pedulikan jika dia harus menzalimi orang lain sama ada dengan cara halus ataupun cara ketara, sehingga menyebabkan orang lain tersingkir atau diketepikan.

3. Individu yang tiada keyakinan diri.

4. Individu ini suka mengambil kesempatan. Jika dia melihat ada kepentingan pada dirinya dalam sesuatu isu, maka dia segera mengambil peluang itu dan tidak mahu orang lain mengatasinya.

5. Si kaki kipas adalah orang yang suka mengabil jalan singkat untuk mendapatkan sesuatu yang bukan haknya. Dia tahu dia tidak layak, tetapi itulah jalan yang paling mudah untuknya beroleh sesuatu iaitu dengan membina hubungan baik dengan orang lain.

6. Biasanya, si kaki kipas adalah orang yang bijak dalah menjalinkan hubungan yang akrab dengan orang yang dibodeknya.

7. Si kaki kipas biasanya ingin mendapatkan perhatian yang tidak wajar. Dia tahu dia lemah tetapi dia akan cuba mencari jalan supaya dia dilihat sebagai orang yang hebat dan kuat.

No comments:

Post a Comment