Sunday, December 18, 2011

Tips Kesihatan Mata


Memilih makanan yang bermanfaat untuk kesihatan mata sebenarnya mudah saja, kurangkan makanan manis dan pilihlah makanan yang banyak mengandungi antaranya vitamin C, beta karotin, vitamin E,vitamin B2, vitamin B6 dan zat besi. Mari selidiki antara makanan tersebut.

Limau (Citrus)
Ini adalah berita gembira buat penggemar limau. Buah yang mempunyai citarasa masam manis ini terkenal kaya dengan vitamin C yang merangsang pembentukan kolagen yang berfungsi sebagai anti oksida yang berkhasiat melumpuhkan radikal bebas penyebab penuaan selain turut berguna untuk mencegah katarak.

Anggur
Beberapa tahun yang lalu anggur pernah dianggap buah syurga, kerananya harganya yang mahal. Tetapi sekarang anggur begitu mudah dijumpai, walau di gerai tepi jalan. Rasa anggur yang manis memang menggoda, tapi sayang banyak yang tidak menyukai bijinya. Padahal biji anggur kini sudah banyak dijual dalam bentuk ekstrak kerana mengandugi anti oksida yang sangat kuat. Anti oksida yang lebih kuat dari vitamin C dan E ini tidak saja berkhasiat menghaluskan kulit sebagaimana sering disebutkan pada beberapa iklan produk kesihatan, tapi juga berkhasiat memperbaiki peredaran darah, memperbaiki pembuluh kapilari dan kerosakan sistem saraf. Menurut penilitian, zat yang terkandung dalam ekstrak biji anggur dapat memperbaiki penglihatan dan mengembalikan fungsi retina mata yang rosak akibat pendarahan pada pembuluh darah dan ketidakseimbangan gula dalam darah.

Ubi Kayu
Makanan sederhana ini ternyata tidak sederhana penampilannya. Menurut US Nutrition Action Health Letter (Newsletter Nutrisi untuk Kesihatan AS), ubi jalar menempati posisi paling unggul dengan pengumpulan skor gizi. Skor tersebut diperoleh dari kandungan vitamin A, asid folik, zat besi, tembaga, kalium dan serat dibandingkan standard gizi normal. Peranan ubi keladi dalam menjaga kesihatan mata terbukti dapat menyembuhkan penyakit kekurangan vitamin A seperti rabun malam dan berbagai penyakit lainnya. Kerana manfaatnya, Unicef dan WHO menyerukan semua penduduk agar memakan ubi secara rutin, terutama bagi wanita dan kanak-kanak.

Ikan Laut
Jika anda tidak suka ikan, sebaiknya anda ubah persepsi ini segera kerana ikan seperti sardin dan tuna merupakan sumber DHA (Docosahexaenoid Acid), salah satu jenid asid lemak omega 3 yang sangat kuat.

Beberapa penelitian berhasil membuktikan bahawa DHA merupakan kelompok asid lemak yang sangat penting dalam pembentukan retina pada mata. Selain itu, DHA juga berkhasiat meningkatkan peredaran darah, menguatkan pembuluh darah, serta menjaga sel fotoreseptor pada retina.

No comments:

Post a Comment