Friday, April 12, 2013

Apakah Itu 'Sawan Tarik' (FEBRILE SEIZURE)??


Terdapat sebilangan kecil dari anak-anak yang berusia 9 bulan - 5 tahun ke atas boleh mengalami 'Sawan Tarik' yang diakibatkan oleh demam panas. Selalunya situasi ini sangat mengejutkan dan menakutkan ramai ibu bapa lebih-lebih lagi jika ia adalah kejadian yang pertama. Jadi diharap semua ibu bapa peka dengan situasi sebegini dan sentiasa bersedia untuk menanganinya dengan baik. Yang penting jangan panik dan lakukan perkara yang mungkin akan membawa kepada keadaan yang lebih teruk kepada anak-anak anda sekiranya terjadi 'Sawan Tarik' ini.

Dipercayai demam sawan berlaku kerana pembentukan otak kanak-kanak yang belum lagi matang. Demam panas yang tinggi boleh mencetuskan isyarat elektrik dalam litaran otak yang menyebabkan berlakunya sawan.

Pada amnya, jangkitan ini adalah ringan dan tidak berpunca daripada jangkitan selaput otak (meningitis). Sawan tarik bukan penyakit keturunan. Namun kanak-kanak yang mengalami sawan tarik ada di antara mereka yang mempunyai anggota keluarga yang mengalami sawan tarik juga.

APAKAH KAEDAH YANG ANDA BOLEH LAKUKAN SEKIRANYA TERJADINYA SAWAN TARIK KEPADA ANAK ANDA ATAU SESIAPA SAHAJA??

Mengawal demam panas seberapa boleh. Kadangkala, demam panas akan berterusan meskipun langkah-langkah sewajarnya telah diambil. Usah gementar jika sawan berlaku di hadapan mata. Ambil nafas panjang dan bertenang dahulu.

* Letakkan anak di atas lantai atau permukaan yang rata 
* Longgarkan pakaian anak anda terutama di bahagian leher dan kepala.
* Miringkan badan dan kepalanya ke kanan agar air liurnya mengalir ke luar.
* Usah memaksa masuk sudu atau bahan keras mahupun jari anda sendiri ke dalam mulut si anak. Ini tidak   secara langsung boleh menyekat saluran pernafasan dan tambah membahayakan anak anda.
* Usah cuba mengawal pergerakan anak itu sewaktu dia sawan kerana ini boleh mencederakan otot atau tulangnya.
* Usah berikan si anak minuman kecuali setelah dia sedar.
Dapatkan bantuan dan bergegas ke doktor untuk pemeriksaan lanjut.

Sawan ini akan berlaku bukan untuk jangka masa yang lama. Kadangkala ia tidak melebihi seminit. Seseorang kanak-kanak boleh mendapat sawan kembali dengan kadar 30 peratus sebelum usianya meningkat ke enam tahun.

No comments:

Post a Comment